awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes merusuh di Pasar Awam Melor: 12 individu direman empat hari
"Jermanpine" permata berharga Kampung Parit Jerman, ikon pelancongan baharu Pontian
Seni Silat Cekak berkembang ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayah Yuna buat kejutan di majlis resepsi!

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
28/01/2018
15:54 MYT
Ayah Yuna buat kejutan di majlis resepsi!
Kira-kira 1,500 jemputan meraikan hari bahagia Yuna dan Adam Sinclair. - Astro AWANI
Penyanyi Yuna dan pasangannya Adam Sinclair mengadakan majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini malam tadi.
Bertemakan ‘garden wedding’, majlis resepsi tersebut dihadiri oleh kira-kira 1,500 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan dari kedua-dua keluarga mempelai.
Bak puteri raja Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Datuk Mat Zara’ai memukau hadirin dengan gaun putih dan puteranya Adam segak dengan berbaju Melayu dan tanjak.
Yuna berangkat masuk ke dalam Dewan Perdana, PICC untuk majlis persandingannya bersama Adam! pic.twitter.com/efAqUmoUvD
— syaz (@ssnsyzwani) January 28, 2018
Majlis resepsi ini turut dimeriahkan dengan kejutan oleh ayah Yuna, Datuk Mat Zara’ai apabila beliau mendendangkan hadirin dengan lagu ‘Perfect’ yang pernah dipopularkan oleh Ed Sheeran.
Persembahan khas oleh ayahnda @yunamusic sendiri! Special performance from Datuk Mat Zara'ai! pic.twitter.com/jJodEou7VO
— syaz (@ssnsyzwani) January 28, 2018
Turut membuat persembahan ialah Noh dan kumpulan Hujan, Aizat Amdan dan selebriti popular Indonesia, Bunga Citra Lestari.
Turut memeriahkan majlis ialah penyanyi antarabangsa Dez Duron yang pernah menjadi peserta program realiti, The Voice.
Kedua-dua mempelai ini memilih busana yang direka khas oleh Hatta Dolmat.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Rakan-rakan artis yang hadir termasuk penyanyi Hunny Madu dan penyanyi rap, Sona One.
Majlis pernikahan pasangan Ini berlangsung Jumaat lalu di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.
Pasangan ini mula menjalin kasih selepas bertemu di sebuah set penggambaran di ibu negara dua tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Adam Sinclair
#artis
#majlis perkahwinan
#perkahwinan
#resepsi
#selebriti
#Yuna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan