awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
Hutan di kaki Bukit Bendera dan tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayu Ting Ting pilih anggota tentera sebagai bakal suami, jodoh diatur orang tua sendiri

Media Hiburan
Media Hiburan
11/02/2024
04:35 MYT
Ayu Ting Ting pilih anggota tentera sebagai bakal suami, jodoh diatur orang tua sendiri
Tampil begitu anggun dalam busana baju kurung berona putih sedondon dengan tunangnya, Ayu sebelum ini berkongsi bahawa perkenalan dengan bakal suaminya itu telah diatur oleh kedua orang tua mereka. -Media Hiburan
ARTIS dangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina telah selamat bertunang dengan anggota tentera yang dikenali sebagai Muhammad Fardhana.
Tampil begitu anggun dalam busana baju kurung berona putih sedondon dengan tunangnya, Ayu sebelum ini berkongsi bahawa perkenalan dengan bakal suaminya itu telah diatur oleh kedua orang tua mereka.
Tidak lama menjalin hubungan, mereka mula saling mengenali sejak Januari lalu sebelum mengambil keputusan untuk terus ke fasa seterusnya.
Dalam satu temu bual bersama rakan sekerjanya di rancangan bual bicara Brownies, Ruben Onsu, pelantun lagu Sambalado ini berkongsi serba sedikit detik hubungan cinta yang terjalin itu.
Dia menjelaskan bahawa panggilannya kepada kekasihnya itu adalah Mas Dhana dan dia merupakan seorang anggota tentera berpangkat Letnan Satu dalam pasukan Tentera Negara Indonesia (TNI).
Tidak menguar-uarkan pertunangannya kepada umum, Ayu mengadakan majlis pertunangan serba sederhana yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Sebelum ini, Ayu terlebih dahulu pernah berkahwin pada 2013 sebelum bercerai setahun kemudian. Hasil daripada perhubungan itu dia memiliki seorang cahaya mata perempuan. -Media Hiburan
Topic Berkaitan
#Ayu Ting Ting
#Ayu Rosmalina
#bertunang dengan anggota tentera
#Muhammad Fardhana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan