awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bakara' kisah sebenar pertempuran di Mogadishu, 'Black Hawk Down' versi Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2020
22:36 MYT
'Bakara' kisah sebenar pertempuran di Mogadishu, 'Black Hawk Down' versi Malaysia
Filem Bakara membariskan antara lain, Hairul Azreen, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Fauzi Nawawi. - Astro AWANI
Selepas kejayaan filem ‘Paskal The Movie’ dan ‘Wira’ yang memberi impak positif kepada industri filem tempatan, pengarah Adrian Teh sekali lagi dipertanggungjawabkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menghasilkan filem ‘Bakara’.
Filem tersebut berdasarkan kejadian sebenar pertempuran di Mogadishu, Somalia, adaptasi daripada filem ‘Black Hawk Down’ versi sebenar Malaysia.
Menurut Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, filem ini adalah kejadian sebenar pertempuran berkenaan.
Ia mengenai Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang terlibat dalam misi menjaga keamanan, diserang hendap oleh gerila pemberontak pimpinan Mohamed Farrah Aidid.
Bakara turut memaparkan pasukan tentera Malaysia yang terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia.
BACA: Kisah sebenar Black Hawk Down
BACA: After 20 years, US thanks Malaysia for 'Black Hawk Down' rescue
Filem yang dinaung dibawah syarikat produksi Act 2 ini bakal membariskan pelakon tangkas Hairul Azreen, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Fauzi Nawawi.
Malam tadi berlangsung Majlis Pelancaran Filem Bakara di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, di sini.
Turut hadir Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi, veteran Tentera Darat serta anggota yang pernah terlibat dalam pentempuran di Bakara Mogadishu.
Bagi menghasilkan karya dengan baik dan mantap sekali lagi pengarah Adrian Teh dipertanggungjawabkan untuk mengarahkan filem yang menelan belanja lebih RM20 juta ini.
Malah filem ini juga turut menggunakan anggota ATM sebenar dan aset ketenteran.
Topic Berkaitan
#Adrian Teh
#Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi
#Amerika Syarikat
#Angkatan Tentera Malaysia
#Bakara
#Black Hawk Down
#filem
#Malaysia
#Mogadishu
#operasi
#pertempuran
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan