Beyonce mengakui berbangga dengan persembahannya semasa majlis meraikan pelantikan semula Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Biarpun dikecam kerana tidak menyanyi secara langsung dia menyifatkan nyanyiannya sebagai sempurna.

Beyonce mengakui tertekan untuk memberikan yang terbaik dan kesuntukan masa latihan menyebabkan dia memutuskan untuk tidak menyanyi secara langsung.

Kontroversi tercetus apabila wakil dari Marine Band yang mengiringi persembahannya minggu lalu membuat kenyataan bahawa muzik dan nyanyian Beyonce adalah rakaman.

Terbaru, dia bakal membuat persembahan pada separuh masa perlawanan Super Bowl, Ahad ini.

Februari ini, saluran HBO bakal menayangkan dokumentari mengenai Beyonce berjudul "Life is But a Dream" yang diarahkannya sendiri.