awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa Khai Bahar meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2025
23:20 MYT
Bapa Khai Bahar meninggal dunia
Penyanyi terkenal, Khai Bahar kehilangan ayah tercinta, Baharuddin Bakri yang menghembuskan nafas terakhir malam tadi. - Gambar fail Gempak
KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi popular, Khai Bahar, iaitu Baharuddin Bakri dilapor meninggal dunia , malam tadi.
Berita duka itu dimaklumkan pengurus Khai, Rizal atau lebih dikenali sebagai Jai, menerusi hantaran di Instagram Story yang menzahirkan ucapan takziah serta doa buat arwah.
“Takziah buat Khai Bahar dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.
Sekitar jam 6 pagi tadi, Khai atau nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin, 31, memaklumkan, jenazah arwah bapanya akan dikebumikan selepas solat Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Tok Paduka, Kangar, Perlis.
Kenyataan berkenaan dimuat naik penyanyi kelahiran Perlis itu di akaun Instagram peribadinya.
Khai Bahar, bagaimanapun, tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai punca kematian dan lokasi pengebumian arwah.
Untuk rekod, pada 2 Januarin 2024, Khai kehilangan ibu tercinta, Allahyarhamah Rosnah Muhammad, yang meninggal dunia di Kangar, Perlis.
Topic Berkaitan
#Khai Bahar
#bapa Khai Bahar
#meninggal dunia
#Baharuddin Backri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan