HIBURAN
Bekas ratu cantik buat laporan polis, dakwa dicabul di kuil

Lishalliny menceritakan trauma mendalam yang dialami sejak kejadian tersebut dan menjelaskan keputusan untuk akhirnya bersuara selepas sekian lama berdiam diri. - Gambar/ IG lishallinykanaran
KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan bekas Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran, tampil berkongsi pengalaman hitam apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul oleh seorang sami di sebuah kuil di Sepang.
Ringkasan AI
- Lishalliny Kanaran, pelakon dan bekas Miss Grand Malaysia 2021, mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul oleh seorang sami di sebuah kuil di Sepang, dan berkongsi pengalaman traumatik itu di Instagram.
- Kejadian berlaku sekitar Jun ketika beliau ke kuil sendirian, dan laporan polis telah dibuat pada 4 Julai selepas menceritakan insiden kepada keluarganya; pihak pengurusan kuil didakwa lebih mementingkan reputasi daripada kebajikan mangsa.
- Polis mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan, serta menyeru orang ramai tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan terhadap sami yang hanya menggantikan tempat sami utama ketika kejadian.
Menurutnya, insiden berkenaan berlaku sekitar bulan Jun ketika dia ke kuil sendirian kerana ibunya berada di luar negara. Seorang sami yang dikenalinya dan dilihat sering membantu pengunjung baharu dilaporkan menawarkan ‘berkat dan doa khas’ secara individu sebelum membawa Lishalliny ke sebuah bilik.
Dia mendakwa, tanpa sebarang amaran, suspek memasukkan tangan ke dalam pakaiannya dan menyentuh secara tidak wajar.
Tambah Lishalliny, selepas kejadian itu dia mengalami trauma, gangguan tidur dan rasa malu yang mendalam, namun akhirnya nekad menceritakan kepada keluarga pada 4 Julai sebelum membuat laporan polis pada hari sama.
Lebih mengejutkan, menurut Lishalliny, pihak pengurusan kuil seolah-olah lebih mementingkan reputasi tempat itu berbanding kebajikan mangsa.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kes cabul di kuil berkenaan dan siasatan kini sedang dijalankan. Sami yang terlibat dilaporkan hanya menggantikan tempat sami utama yang tiada pada waktu kejadian.
Pihak berkuasa turut menggesa orang ramai agar tampil memberikan maklumat sekiranya mempunyai sebarang info berkaitan suspek bagi membantu siasatan. - Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami