ENTERTAINMENT
Bekas suami Liza Abdullah meninggal dunia

Sebelum ini, Liza (kanan) pernah mendirikan rumah tangga dengan Zolkefli Abdulah Rahman, namun bercerai pada 2014 selepas 26 tahun berkongsi hidup. - Gempak
BEKAS suami kepada pelakon, Liza Abdullah iaitu Zolkefli Abdul Rahman dilaporkan telah meninggal dunia pada malam Rabu.
Ringkasan AI
- Bekas suami kepada pelakon Liza Abdullah, Zolkefli Abdul Rahman, meninggal dunia pada malam Rabu. Berita pemergiannya diumumkan oleh anak perempuan mereka, Naffizz Zolkefli, di Instagram.
- Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih.
- Takziah diucapkan kepada keluarga dan semua yang mengenali beliau. Liza Abdullah dan Zolkefli pernah berkongsi hidup selama 26 tahun sebelum bercerai pada 2014.
Dalam pada itu, Nafizz turut memaklumkan jenazah bapanya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih.
“Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul jam 7.30 pagi dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih lebih kurang jam 10 pagi,” tambahnya.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada keluarga dan semua yang mengenali beliau.
Sebelum ini, Liza pernah mendirikan rumah tangga dengan Zolkefli Abdulah Rahman, namun bercerai pada 2014 selepas 26 tahun berkongsi hidup.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada keluarga dan semua yang mengenali beliau. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami