awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas vokalis 'Iron Maiden' Paul Di'Anno meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2024
03:06 MYT
Bekas vokalis 'Iron Maiden' Paul Di'Anno meninggal dunia
Di'Anno dikenali sebagai vokalis utama Iron Maiden dari tahun 1978 hingga 1981 ketika pembikinan dua album pertama iaitu "Iron Maiden" (1980) dan "Killers" (1981). -Facebook/Paul Di'Anno
BEKAS vokalis band heavy metal terkenal Iron Maiden, Paul Di'Anno, meninggal dunia pada usia 66 tahun.

Ringkasan AI
  • Paul Di'Anno, bekas vokalis Iron Maiden, meninggal dunia pada usia 66 tahun di kediamannya di Salisbury, Wiltshire, England, selepas bertahun-tahun berdepan dengan masalah kesihatan serius.
  • Di'Anno dikenali sebagai vokalis utama Iron Maiden dari tahun 1978 hingga 1981. Beliau memainkan peranan penting dalam dua album pertama band tersebut, iaitu "Iron Maiden" (1980) dan "Killers" (1981).
  • Walaupun tempohnya bersama band tersebut agak singkat, sumbangannya sangat besar dan diingati oleh rata-rata peminat heavy metal di seluruh dunia.

Kematian Di'Anno disahkan syarikat rakaman Conquest Music pada Isnin, 21 Oktober.
Di'Anno meninggal dunia di kediamannya di Salisbury, Wiltshire, England, selepas bertahun-tahun berdepan dengan masalah kesihatan yang serius.
Paul Di'Anno, yang nama sebenarnya ialah Paul Andrews, dilahirkan pada 17 Mei 1958 di Chingford, Essex, England.
Beliau dikenali sebagai vokalis utama Iron Maiden dari tahun 1978 hingga 1981.
Di'Anno memainkan peranan penting dalam dua album pertama Iron Maiden, iaitu "Iron Maiden" (1980) dan "Killers" (1981).
Walaupun tempohnya bersama band tersebut agak singkat, sumbangannya sangat besar dan diingati oleh rata-rata peminat heavy metal di seluruh dunia.
Selepas meninggalkan Iron Maiden, Di'Anno terus berkarya dalam industri muzik dengan menyertai beberapa band lain seperti Gogmagog, Battlezone, dan Praying Mantis.
Beliau juga mengeluarkan album solo dan terus mengadakan konsert walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda akibat masalah kesihatan.
Iron Maiden dalam kenyataan rasmi di media sosial mereka menzahirkan kesedihan di atas pemergian Di'Anno dan menghargai sumbangannya kepada band tersebut.
"Sumbangan Paul untuk Iron Maiden sangatlah besar dan dia membantu kami dalam perjalanan sebagai band selama hampir lima dekad," tulis kenyataan kumpulan itu.
Steve Harris, pengasas dan pemain bass Iron Maiden, turut menyatakan rasa sedih beliau atas pemergian Di'Anno.
"Sangat sedih atas pemergiannya. Mendiang suka tertawa ketika hidupnya. Dia memang selalu berusaha sebaik mungkin dalam kehidupannya. Kami amat terasa akan kehilangannya," kata Harris.
Paul Di'Anno akan terus dikenang sebagai salah satu ikon dalam dunia muzik heavy metal. Sumbangannya kepada Iron Maiden dan industri muzik secara keseluruhan akan sentiasa diingati oleh peminat dan rakan-rakan muziknya.
Topic Berkaitan
#Iron Maiden
#Paul Di'Anno
#vokalis utama Iron Maiden
#Heavy Metal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan