awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Big Stage 2023: Dem Lepak Boyz diselamatkan, ngauman Farhan Shah terhenti

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
12/06/2023
01:15 MYT
Big Stage 2023: Dem Lepak Boyz diselamatkan, ngauman Farhan Shah terhenti
Farhan Shah harus reda dengan keputusan juri apabila juri tetap, Ajai dan Aina Abdul mengambil keputusan untuk menggunakan imuniti X bagi menyelamatkan Dem Lepak Boyz daripada tersingkir. - Gambar Astro AWANI/ Azrul Rafie
SHAH ALAM: Perjalanan peserta Big Stage 2023 dari Singapura, Farhan Shah terhenti setakat minggu keenam.
Farhan harus reda dengan keputusan juri tetap, Ajai dan Aina Abdul apabila mereka mengambil keputusan untuk menggunakan Imuniti X bagi menyelamatkan Dem Lepak Boyz daripada tersingkir.
Menerusi persembahan lagu Fighter, Farhan hanya mampu memperoleh 64 markah daripada juri tetap sekali gus meletakkan Farhan berada di tangga tiga terbawah bersama Dem Lepak Boyz (70.67) dan Firdaus (61.33).
Persembahan Waode menerusi lagu Ikan dalam kolam cukup sempurna apabila dia mendapat 100 markah daripada Aina Abdul dan 89 daripada Ajai.
Sementara itu, Dominasi persembahan terbaik untuk minggu ini pula menjadi milik Putera Mohammad yang menyanyikan lagu Cintaku 100% nyanyian asal Mas Idayu.
Bagi tugasan minggu ketujuh kesemua peserta akan membawakan lagu bertemakan Selebriti Memilih.
Peserta Big Stage diadili oleh dua juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul.
Mereka juga ditemani dua juri jemputan iaitu Penaja utama yang juga pelakon, Aeril Zafrel (Presiden Netizen), dan Datuk Seri Rossa sebagai juri jemputan untuk minggu keenam.
Big Stage 2023 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose dan bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam serta dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Topic Berkaitan
#Farhan Shah
#Big Stage 2023
#Dem Lepak Boyz
#Waode
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan