awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Big Stage Alpha: Ariel Fesol tinggalkan kerjaya pramugara demi impian jadi penyanyi

Gempak
Gempak
16/06/2025
04:30 MYT
Big Stage Alpha: Ariel Fesol tinggalkan kerjaya pramugara demi impian jadi penyanyi
Kemenangannya di BSA dianggap sebagai permulaan baharu buat Ariel Fesol, dengan harapan membuka lebih banyak peluang dalam industri seni. - Gempak
JUARA Big Stage Alpha (BSA) Ariel Fesol mengakui sudah meninggalkan dunia penerbangan selepas memasuki pertandingan ini.

Ringkasan AI
  • Ariel Fesol meninggalkan kerjaya sebagai pramugara untuk mengejar impiannya dalam bidang muzik selepas menyertai Big Stage Alpha (BSA).
  • Kemenangannya di BSA dianggap sebagai permulaan baharu, dengan harapan membuka lebih banyak peluang dalam industri seni.
  • Ariel menyeru peminat untuk terus menyokong dirinya dan kumpulan A7PHA, kerana mereka berkongsi impian yang sama untuk berjaya dalam industri muzik.

Jelas Ariel, dia melakukan perkara tersebut kerana mahu mengejar cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi.
“Saya cuma nak jelaskan disini, saya tidak mengetepikan kerjaya yang selama ini membantu hidup saya sekarang, tetapi saya tinggalkan dunia penerbangan sebab saya cuba untuk capai impian saya,” katanya kepada Gempak.
Ariel juga menganggap bahawa penyertaannya dalam BSA sebagai permulaan baharu untuk mengejar cita-citanya dalam bidang muzik.
“Mungkin ini permulaan pada segala penantian saya. Jadi, saya harapkan agar akan ada rezeki yang lebih besar di luar selepas Big Stage Alpha ini untuk saya teruskan momentum yang saya dapat di sini,” ujarnya.
Katanya lagi, dia tidak pernah lupa untuk bersyukur dengan rezeki yang pernah diterima sepanjang bergelar pramugara.
Namun, minat dan cintanya terhadap muzik membuatkan dia nekad untuk mencuba nasib dalam bidang seni.
“Bukan saya tak bersyukur bila saya jadi pramugara, saya bersyukur sahaja sebab itu rezeki saya. Allah masih berikan saya rezeki itu.
“Macam macam yang saya dapat. Saya kalau boleh saya nak hidup dengan kerja yang saya suka,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ariel turut menyeru peminat dan penonton untuk terus menyokong dirinya dan kumpulannya, A7PHA selepas tamatnya Big Stage Alpha.
“Saya mengharapkan supaya kali ini, bila saya masuk balik dalam industri ini dengan membawa trofi ini sebagai tiket saya, saya harap Alphanite atau mereka yang baru mengenali A7PHA atau mengenali saya Ariel Fesol, berikan sokongan yang baik untuk kita kerana saya dan ahli kumpulan yang lain semua mempunyai impian dan hasrat yang sama untuk capai impian yang sama,” kongsinya. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Big Stage Alpha
#Ariel Fesol
#Juara
#pramugara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami