“BILA kita diuji Allah, ingatlah Allah sayang kita.”
Begitulah perkongsian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang sememangnya memberikan pedoman buat kita semua.
Ustaz Ebit Lew yang sering memberi pesanan mengingatkan kita agar sentiasa mengingati Yang Maha Esa walaupun pelbagai ujian melanda.
Malah Ebit juga berkongsi pelbagai kisah yang boleh menjadi pedoman buat semua.
“Teringat dulu pernah pujuk seorang adik berumur 14 tahun bawah jambatan pegang baby dah 2 bulan.
"Abang, saya kecewa dengan hidup saya. Adik tadi ceritakan betapa kecewa dan putus asa dengan Allah. Tak tahu solat. Rasa ahli neraka.
"Saya ulang kali cakap Allah sayang padanya. Ulang kali. Adik tadi menangis. Betul ke dia sayang saya? Adik tadi nak belajar solat.
“Syukur mula solat dan hidupnya jadi sangat baik. Dia dahaga kasih sayang Allah. Dia ingat dia dah tiada jalan untuk balik. Itulah kasih sayang Allah.
“Saya pernah dakwah di lorong-lorong. Dulu masa 9 tahun mula lari dari rumah jadi pelacur di lorong. Saya kata Allah sayang padanya.
"Dia berubah dan kini berumur 28 tahun dah balik rumah jumpa mak ayah menangis. Mereka dahagakan kasih sayang Allah.
Berilah Masa Mengajak Manusia Pada Kasih Sayang Allah
“Baru ni bawa ramai anak muda yang nak bunuh diri kecewa dengan hidup. Bersama tiga hari di jalan Allah. Tiba-tiba berubah dan terus bersemangat dalam hidup.
"Selama ini ingat tiada siapa peduli dan semua orang tinggalkannya. Rupanya dia baru tersedar dia ada Allah yang sayang padanya. Cuma kita tak kenal kasih sayangnya.
"Berilah masa untuk kenal Allah. Berilah masa mengajak manusia pada kasih sayang Allah.
Cinta Allah Tak Bersyarat
“Cinta Allah tak bersyarat. Dia mencintai hambanya. Dia menanti kita semua. Jangan buat sesiapapun berputus asa dari rahmatnya.
"Cinta yang sejati. Cinta sebenarnya. Cinta Allah pada kita semua.
“Saat kita diuji. Belajarlah menerima cinta Allah. Demi cintaMu padaku. Terima kasih kerana memilihku untuk diuji olehMu.
"Aku cinta gembira reda dengan segala ujianMu. Terima kasih ya Allah atas segala ujian ini. Jika ada pahala untuk semua ini saya hadiahkan buat mak ayah saya,” tulis Ebit.
Sumber / Sumber Foto : Facebook Ustaz Ebit Lew
*Artikel asal di Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Sat Nov 13 2021
Ustaz Ebit Lew (kiri) sering memberi pesanan mengingatkan kita agar sentiasa mengingati Yang Maha Esa walaupun pelbagai ujian melanda. -Facebook Ebit Lew
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua cawangan Elews Mart ditutup bermula 15 Januari lepas?
Tinjauan di laman sesawang rasmi Elews Mart mendapati tiada notis dikongsikan di dalamnya.
Perbicaraan Ebit Lew disambung Mei depan
Perbicaraan pendakwah terkenal Ebit Lew, akan bersambung pada Mei depan dengan memanggil semula pengadu sebagai saksi kesembilan untuk memberi keterangan di Mahkamah Majistret Tenom.
'Berdosa sangat pada suami, di belakang saya layan ustaz Ebit Lew' - Saksi kesembilan
Pengadu dalam pada itu turut membaca salah satu gambar tangkap layar yang memaklumkan bahawa dia sempat membuat tangkap layar termasuk wajah pendakwah tersebut.
Saksi tolak panggilan video daripada Ebit Lew
Saksi itu berkata ada ketika Lew membuat panggilan video kepadanya tetapi beliau tidak mahu memperlihatkan wajahnya kerana berada dalam keadaan tidak bertudung.
Ebit Lew kerap hubungi, hantar gambar, tunjuk kemaluan - Pengadu
Pengadu kes Ebit Lew memberitahu mahkamah dia kerap menghubunginya melalui panggilan telefon dan video selain menghantar gambar serta menunjukkan kemaluan.
Kes Ebit Lew: Sedia penghadang untuk pengadu beri keterangan
Pengadu wanita merupakan saksi pendakwaan yang kesembilan bagi memberi keterangan di mahkamah.
Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki milik siapa
Inspektor Yip Chang Ching tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki yang didedahkan dalam keterangan di mahkamah adalah milik siapa.
Saksi tidak bersetuju malukan Ebit Lew
Saksi kes perbicaraan Ebit Lew memberitahu bahawa beliau tidak memalukan tertuduh dengan melakukan ekstrak daripada telefon bimbit milik pendakwah tersebut.
Kertas siasatan kes Ebit Lew diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara
Polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes rogol melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.
Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Keterangan itu termasuklah daripada Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.