SEORANG penjual teh susu di pinggir jalan di Nagpur, India, Dolly Chaiwala menjadi tular di media sosial selepas salah seorang individu paling berpengaruh di dunia memuat naik foto dirinya sedang membeli teh susu daripada pemuda dengan gaya eksentrik itu.
Individu tersebut adalah Bill Gates, individu kelima terkaya di dunia serta tokoh yang memperkenalkan perusahaan Microsoft Corporation.
Di sebalik tular gambar Gates berdiri di sebelah Dolly sewaktu membeli teh susu bancuhannya, penjual tersebut mengaku tidak mengenali siapa Bill Gates.
Menurut Dolly, dia hanya tahu ada seorang lelaki Inggeris membeli teh susu buatannya.
Lelaki tersebut iaitu Bill Gates berdiri dan menunggu teh susunya siap tanpa berbual dengan Dolly.
“Sejujurnya saya tidak tahu siapa Bill Gates. Saya fikir dia hanya lelaki Inggeris atau pelancong dari luar negeri.
“Saya pun menyajikan teh susu kepadanya seperti biasa.
“Namun esoknya selepas kembali ke Nagpur, baru saya tahu lelaki itu Bill Gates,” kata Dolly seperti dilaporkan Storypick.
Pengakuan Dolly mendapat beragam komen daripada netizen. Ramai yang mengaku terhibur selepas Dolly dengan polos mengaku tidak kenal Bill Gates yang merupakan individu penting di dunia.
“Bill Gates kenal Dolly Chaiwala, Dolly Chaiwala tidak kenal Bill Gates dan baru kenal orang penting dunia itu,” tulis satu komen secara berseloroh.
Terdahulu, Gates menerusi perkongsiannya memberi pujian kepada peniaga kecil di India.
“Inilah India, anda boleh menemukan inovasi di mana saja. Termasuk saat persiapan menyiapkan secangkir teh sederhana," puji Bill Gates sambil bergambar dengan Dolly.
Gates dipercayai singgah menikmati teh susu Dolly sewaktu hadir ke majlis praperkahwinan anak orang terkaya Asia yang diadakan selama tiga hari di India. -Gempak
Gempak
Thu Mar 07 2024
Di sebalik tular gambar Gates berdiri di sebelah Dolly sewaktu membeli teh susu bancuhannya, penjual tersebut mengaku tidak mengenal siapa Bill Gates. -Gempak
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
'Bill Gates kenal Dolly Chaiwala, Dolly Chaiwala tak kenal Bill Gates' - Netizen
Gates dipercayai singgah menikmati teh susu Dolly sewaktu hadir ke majlis praperkahwinan anak orang terkaya Asia yang diadakan selama tiga hari di India.
AI akan ubah kehidupan manusia dalam masa lima tahun, kata Bill Gates
Bill Gates percaya sejarah menunjukkan setiap teknologi baharu hadir ketakutan dan menyusul dengan peluang baharu.
Twitter mula buang tanda pengesahan biru, Bill Gates dan Kim Kardashian antara 'mangsa'
Twitter pada Khamis mula membuang tanda pengesahan daripada beribu-ribu akaun, termasuk akaun tokoh terkenal.
Gates syor cipta benih ajaib tangani isu perubahan iklim
Apa yang diperlukan katanya, adalah inovasi dalam teknologi pertanian yang boleh membantu memulihkan krisis tersebut.
MBKM, agensi berkaitan perlu lebih giat majukan industri penerbitan buku - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara ini dipupuk secara berterusan.
Amaran Bill Gates tentang wabak, serangan cacar jadi kenyataan
Gates menyarankan pemerintah melabur puluhan bilion dolar untuk R&D yang didakwa bakal menelan kos yang tinggi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Mei 2022.
COVID-19: Bill Gates nafi suntikan vaksin boleh jejak manusia
Gates sentiasa menafikannya tetapi penafian yang dilakukan itu belum cukup untuk memadamkan teori tersebut.
COVID-19: Pandemik terburuk, lebih dahsyat mungkin melanda dunia - Bill Gates
Gates beri amaran kemungkinan terdapat varian "lebih mudah tersebar dan lebih berbahaya" berbanding varian Delta dan Omicron."
Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates
Negara-negara kaya perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan penghasilan produk teknologi hijau di peringkat global.