Bintang 'Full House' Dave Coulier didapati menghidap kanser lidah

Coulier menjalani rawatan untuk P16 squamous carcinoma, sejenis kanser lidah berkaitan HPV, dengan prognosis kebolehsembuhan sehingga 90 peratus. - Foto X/ScreenTime
LOS ANGELES: Pelakon terkenal siri sitkom Full House, Dave Coulier, mendedahkan bahawa beliau kini sedang menjalani rawatan untuk kanser lidah, hanya tujuh bulan selepas disahkan bebas daripada limfoma bukan Hodgkin tahap tiga.
Ringkasan AI
- Pelakon Dave Coulier mendedahkan bahawa beliau kini menjalani rawatan untuk kanser lidah selepas sebelum ini disahkan bebas daripada limfoma bukan Hodgkin tahap tiga.
- Coulier menjalani rawatan untuk P16 squamous carcinoma, sejenis kanser lidah berkaitan HPV, dengan prognosis kebolehsembuhan sehingga 90 peratus.
- Pelakon ini turut melancarkan platform kesihatan AwearMarket sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang pemeriksaan kesihatan berkala kepada orang ramai.
“Ia benar-benar mengejutkan. Saya baru sahaja selesai rawatan kemoterapi dan diberitahu bebas kanser, kemudian ujian PET scan menunjukkan sesuatu yang mencurigakan,” katanya dalam temu bual tersebut.
Coulier kini menjalani 35 sesi rawatan radioterapi yang dijadualkan berakhir pada 31 Disember.
Beliau meluahkan rasa syukur kerana kanser kali ini mempunyai kadar kebolehsembuhan sehingga 90 peratus dan menekankan pentingnya pengesanan awal dalam menyelamatkan nyawanya.
“Saya tidak sabar menyambut tahun baharu tanpa perlu ke hospital lagi untuk rawatan. Ia akan menjadi permulaan yang membebaskan,” katanya kepada USA Today.
Pelakon yang dikenali dengan watak Uncle Joey itu turut melancarkan platform kesihatan baharu, AwearMarket, yang diinspirasikan daripada perjuangannya melawan penyakit.
Beliau berharap pengalamannya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya pemeriksaan kesihatan berkala.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami



