awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang 'Glee' Mark Salling mati tergantung, dipercayai bunuh diri

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2018
21:51 MYT
Bintang 'Glee' Mark Salling mati tergantung, dipercayai bunuh diri
Mark Salling, aktor terkenal dengan watak Noah "Puck" Puckerman dalam siri TV popular "Glee" ditemui mati dipercayai akibat membunuh diri - Foto AP
Bintang siri TV popular Glee, Mark Salling ditemui mati di Los Angeles pada pagi Selasa.
Mayat Salling ditemui berhampiran sebatang sungai, bersebelahan padang liga bola lisut, dalam keadaan tergantung, dipercayai akibat membunuh diri.
Kematian Salling dimaklumkan oleh peguamnya Michael J. Proctor, namun punca kematian hanya akan disahkan selepas waris aktor itu diberitahu.
Aktor itu yang terkenal dengan watak nakal Noah "Puck" Puckerman, sedang menunggu hukuman di mahkamah persekutuan yang dijadualkan 7 Mac depan, berhubung sabitan kes pornografi kanak-kanak.
Dia mengaku bersalah Disember tahun lalu atas dakwaan memiliki sejumlah 50,000 bahan pornografi kanak-kanak.
Salling berdepan hukuman penjara empat ke tujuh tahun.
Selain menemui 50,000 bahan pornografi kanak-kanak, penyiasat turut menemui ribuan gambar serta ratusan video erotik kanak-kanak dalam pemacu kilat milik Salling.
Kesalahan itu menyebabkan Salling perlu membayar AS$50,000 kepada setiap mangsa yang menuntut hak dan didaftarkan sebagai pesalah seks.
Penglibatan Salling dalam kes pornografi kanak-kanak menyebabkan dia digugurkan daripada filem "Gods and Secrets".
Topic Berkaitan
#Glee
#Los Angeles
#Mahkamah Persekutuan
#Mark Salling
#pornografi
#Puck
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan