awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang siri 'Ultraman' Jiro Dan meninggal dunia

Agensi
Agensi
24/03/2023
15:48 MYT
Bintang siri 'Ultraman' Jiro Dan meninggal dunia
Pelakon Jepun yang membintangi siri popular 70an 'The Return of Ultraman', Jiro Dan, dilaporkan meninggal dunia pada usia 74 tahun. - Foto Twitter/@UkiyaSeed
Pelakon Jepun yang membintangi siri popular 70-an 'The Return of Ultraman', Jiro Dan, meninggal dunia pada usia 74 tahun, lapor Yahoo News.
Beliau yang memainkan watak utama sebagai Hideki Go yang juga Ultraman Jack dalam siri tersebut, meninggal dunia pada 22 Mac lalu pada 4.14 petang waktu tempatan akibat kanser paru-paru.
Berita tentang pemergian Dan atau nama sebenarnya, Hideo Murata, telah didedahkan oleh pelakon Ryu Manatsu, yang terkenal dengan watak Gen Ohtori dalam Ultraman Leo menerusi laman Twitternya pada Jumaat.
Menurut agensinya, Alpha Agency, keadaan Dan dikatakan semakin teruk sejak akhir tahun lalu.
Pengebumian Dan juga hanya akan dihadiri oleh saudara terdekat beliau.
Selain siri tersebut, Dan turut membuat penampilan dalam beberapa siri francais Ultraman, termasuk Super Sentai, di mana kemunculan terakhirnya ialah dalam siri Kishiryu Sentai Ryusoulger.
Topic Berkaitan
#Jiro Dan
#Ultraman
#Ultraman Jack
#Hideki Go
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan