awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bollywood: Barang kemas hilang, isteri Amir Khan rugi RM600 ribu

Gempak
Gempak
30/11/2016
11:46 MYT
Bollywood: Barang kemas hilang, isteri Amir Khan rugi RM600 ribu
Amir dan Kiran telah berkahwin pada bulan Disember 2005 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Azad Rao Khan.
ISTERI kepada pelakon Bollywood terkenal, Amir Khan iaitu Kiran Rao telah mengalami kerugian sebanyak RM600 ribu selepas barang kemasnya hilang di kediaman mereka di Bandra, India.
Menurut Senior Inspektor Polis, Ramchandra Jadhav mengesahkan ayah Kiran telah membuat laporan polis dan siasatan masih diteruskan untuk mencari penjenayah itu.
“Antara barang yang dicuri ialah cincin berlian serta rantai leher yang didapati telah hilang di dalam almari simpanan rumahnya di Carter Road Residence pada 24 November lalu.
"Tiga orang pekerja yang berada di kediaman tersebut telah dibawa ke balai polis untuk siasatan, namun berdasarkan kenyataan diberi mereka bukan suspek yang kami cari.
“Apa-apa pun kes ini masih diteruskan di bawah Seksyen 453, Kod Penal India,” kata Ramchandra kepada portal Times of India.
Amir dan Kiran telah berkahwin pada bulan Disember 2005 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Azad Rao Khan.
Kiran juga merupakan seorang pengarah, penulis skrip dan produser filem box office seperti Lagaan, Dhobi Ghat dan Talaash .
Topic Berkaitan
#Amir Khan
#Bollywood
#Kiran Rao dirompak
#Times of India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan