LOS ANGELES: Penyanyi terkenal, Britney Spears memberi amaran enggan membuat persembahan di pentas selagi bapanya masih diberi kuasa untuk mengawal kerjaya dan kehidupannya.
"Bagi anda yang mengkritik video tarian yang saya muat naik di sini (Instagram), dengar. Saya tidak akan tampil di pentas selagi bapa saya mengawal apa yang saya pakai, cakap, bertindak dan berfikir," katanya dalam catatan panjang lebar di Instagram.
"Konservatori ini membunuh impian saya. Yang saya ada kini cuma harapan tetapi itu pun ada yang mahu rampas daripada saya.
"Banyak dokumentari menyiarkan detik-detik memalukan dari masa lalu, sedangkan saya sudah melupakannya," tulisnya.
Bapa Spears, Jamie diberi hak sepenuhnya untuk mengawal peribadi, harta dan aset anak keduanya yang berjumlah hampir AS$60 juta, sejak kira-kira 13 tahun lalu.
Ia susulan penyanyi 'Baby, One More Time' itu dikatakan mengalami masalah mental.
Awal Julai lalu, Spears memberitahu hakim dalam perbicaraan kes di Los Angeles yang dia sangat takut dengan ayahnya, selain menyifatkan konservatori itu sebagai satu penganiayaan.
Spears juga mendapat hak untuk mengupah peguamnya sendiri dan Pendakwa Raya Persekutuan, Mathew Rosengart dilantik mewakilinya.
Awal tahun ini, sebuah dokumentari mengenai Spears, berjudul 'Framing Britney Spears', dicalonkan untuk dua anugerah Emmy, sekaligus membuka cerita yang selama ini tidak diketahui ramai.
Peminat dan selebriti mula bercakap mengenai konservatori Britney di media sosial menggunakan hashtag #FreeBritney.
Perbicaraan bakal bersambung pada 29 September depan di Los Angeles.
Astro Awani
Mon Jul 19 2021

Bapa Spears, Jamie diberi hak sepenuhnya untuk mengawal peribadi, harta dan aset anak keduanya yang berjumlah hampir AS$ 60 juta. - Foto AP

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Aaron Carter, adik penyanyi Backstreet Boys Nick Carter meninggal dunia
Polis menerima laporan sekitar jam 11 pagi berhubung situasi kecemasan di sebuah rumah di Lancaster di mana seorang lelaki ditemukan lemas di dalam tab mandi.

Demi Britney Spears, Paris Hilton tepis pelawaan presiden Joe Biden
Hilton merupakan rakan lama Spears dan pada majlis yang berlangsung pada Khamis lalu, Hilton bertanggungjawab mengendalikan parti resepsi.

Britney Spears kahwin secara eksklusif, bekas suami pula buat kecoh!
Penyanyi pop terkenal Britney Spears akhirnya berkahwin dengan pasangannya Sam Asghari.

'Bayi kami sudah tiada' - Britney Spears umum kehamilan mengejut berakhir dengan keguguran
Britney dan Sam menambah bahawa mereka "akan terus berusaha menambah zuriat dan memohon privasi ketika berdepan detik sukar ini."

Britney Spears akhirnya bebas selepas 13 tahun dikongkong bapa
Peminat Britney bersorak di luar pekarangan mahkamah selepas keputusan itu diumumkan selain turut menyanyikan lagu hit penyanyi tersebut "Stronger".

Bapa Britney Spears dilucut hak sebagai penjaga
Arahan itu dikeluarkan hakim Mahkamah Los Angeles dan berkuat kuasa Rabu.

Bapa Britney Spears kemuka permohonan lepaskan hak penjagaan
Jun lalu, Britney Spears memaklumkan kepada pihak pengadilan bahawa hak penjagaan tersebut yang bermula pada 2008 adalah memeritkan buat dirinya.

Britney Spears disiasat cederakan pekerja
Seorang pekerja membuat laporan polis selepas Spears didakwa memukulnya pada Isnin lalu.

Bapa Britney Spears lepaskan hak penjagaan
Britney mendakwa kehidupannya mengalami tekanan, tidak boleh tidur dan tidak gembira dengan kehidupan hariannya.

Britney Spears beri amaran, enggan muncul di pentas selagi bapanya 'berkuasa'
Bapa Spears, Jamie diberi hak sepenuhnya untuk mengawal peribadi, harta dan aset anak keduanya yang berjumlah hampir AS$ 60 juta, sejak kira-kira 13 tahun lalu.