HIBURAN
Bukan Awie mahupun Ella, tapi bapa Nabila Huda - Shila Amzah

Shila menyatakan bahawa tindakannya membuat laporan polis bukanlah untuk merosakkan nama mana-mana individu. - Gambar/ Gempak
Penyanyi, Shila Amzah menafikan Ella dan Datuk Awie adalah individu yang terlibat dalam insiden serangan di konsert ulang tahun ke-20 Mr. DIY baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Shila Amzah menafikan penglibatan Ella dan Datuk Awie dalam insiden serangan semasa konsert ulang tahun ke-20 Mr. DIY, dan meminta netizen berhenti menuduh mereka.
- Shila mengesahkan bahawa individu yang menyerangnya ialah bapa kepada pelakon Nabila Huda, dan menyatakan laporan polis telah dibuat serta siasatan sedang dijalankan.
- Shila menjelaskan bahawa tujuannya membuat laporan bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi kerana insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan memberi kesan negatif.
Meskipun tidak menyebut nama, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, mengesahkan bahawa individu yang menyerangnya adalah bapa kepada pelakon, Nabila Huda.
“Bapa kepada Nabila Huda. Saya mengesahkan bahawa bapa kepada Nabila Huda yang menyerang.
“Kalau tengok kepada report saya rasa keterangan sudah diambil daripada pihak dia, jadi kita tunggu sahaja,” dakwanya.
Dalam pada itu, Shila turut menyatakan bahawa tindakannya membuat laporan polis bukanlah untuk merosakkan nama mana-mana individu.
“Saya buat ni bukan nak burukkan nama sesiapa tapi apa yang salah, salah lah. Apa yang menyebabkan sesuatu negatif kepada orang lain salah lah. Benda ini tak sepatutnya berlaku,” tambahnya.
Terdahulu, Shila mendakwa telah diserang oleh seorang penyanyi legenda semasa sedang melakukan 'sound check' untuk konsert ulang tahun Mr.DIY.
Shila turut dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung insiden ini dan kes kini dalam siasatan.
Selain Shila, penyanyi yang turut memeriahkan konsert tersebut adalah Ella, Datuk Awie dan Datuk Amy Search. - Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami