PELAKON dan penyanyi, Diana Danielle menafikan single terbaharu yang dilancarkan tujuh hari lalu, Bersama Dengan Rindu ditujukan untuk bekas suaminya, aktor Farid Kamil.
Diana berkata, lagu tersebut sudah lama dirakam dan ia merupakan salah satu lagu yang ada dalam senarai single yang bakal dilancarkan pada masa akan datang.
“Tidak, bukan cara saya untuk guna hal peribadi untuk hal seperti ini. Lagu tersebut dirakam pada awal tahun lepas. Namun, disebabkan beberapa hal, ia dilancarkan pada tahun ini kerana sudah lama disimpan.
“Klip video untuk lagu berkenaan juga disiapkan pada Januari tahun ini. Jadi, dia tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku sekarang.
“Saya bakal muncul dengan lagu-lagu lain pada masa akan datang. Saya bukan mahu ambil kesempatan, tetapi saya kena teruskan kerjaya,” katanya kepada Gempak.
Diana berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor selepas diceraikan talak satu oleh Farid semalam.
Ditanya mengenai apa yang bakal dilakukan selepas ini dan hubungannya dengan Farid, Diana menjawab: “Saya sekarang dalam idah dan saya perlu fokus.
"Saya masih ada tanggungjawab untuk jaga anak-anak, begitu juga dengan ayah mereka. Kami sama-sama akan cari momentum yang baharu.
“Soal hubungan saya dengan Farid selepas ini, kami akan selesaikan. Macam mana hubungan kita, macam mana kita nak hadapi bab yang baharu. Saya nak yang baik-baik sahaja,” tuturnya.
Diana turut menyimpulkan usia perkahwinannya bersama Farid yang hanya bertahan selama 11 tahun memberi banyak makna dalam kehidupan.
“Saya bersyukur, sebab banyak benda baik-baik yang saya belajar. Saya belajar untuk jadi matang, menjadi seorang ibu dan juga seorang isteri.
"Banyak sangat pelajaran. Tak semestinya pengakhiran saya ambil negatif sahaja. Saya ambil positif. Saya doakan kami dapat mulakan hidup baharu yang lebih baik selepas ini,” tutup bicara Diana.
Diana bercerai talak satu Farid kira-kira pukul 3.22 petang semalam. Lafaz cerai dilafazkan Farid di hadapan Hakim Syarie Syukran Yusof, menerusi Google Meet memandangkan pelakon filem Anwar itu tidak menghadirkan diri ke mahkamah akibat jangkitan COVID-19.
Kontroversi rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.
Menerusi laporan media, alasan Diana mahu bercerai disebabkan tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. -Gempak
Gempak
Fri Aug 11 2023
Diana Danielle menafikan single terbaharu yang dilancarkan tujuh hari lalu, Bersama Dengan Rindu ditujukan untuk bekas suaminya, aktor Farid Kamil. -Gempak
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
'ASP Jennifer Wong' bawa Elizabeth Tan ke FFM33
Tan berkata beliau tidak menjangka watak ASP Jeniffer Wong dalam filem itu berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton dan juri FFM33.
Masih suami Isteri: "Ini bukan momen gembira untuk sesiapa" - Diana Danielle
Peguam mewakili Diana Danielle memaklumkan mahkamah mengesahkan status aktres itu dan aktor Farid Kamil masih suami isteri.
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
"Doakan segalanya dipermudahkan" - Diana Danielle, Farid Kamil
Diana Danielle, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini.
Bergaduh berpanjangan punca Diana fail cerai ke atas Farid - Peguam
Diana Danielle beri alasan, kemelut berpanjangan yang dihadapi dengan suaminya, Farid Kamil sukar untuk diselesaikan lagi.
Diana Danielle fail cerai di Mahkamah Rendah Syariah WP
"Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya rasa kalau panjang-panjang tak perlu."
'Surat-surat penipuan' Farid Kamil tiada lagi tempat di hati Diana Danielle
"Satu-satunya yang saya mahukan sekarang adalah tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya. Tolong lepaskan saya."
Farid Kamil anggap musim cerai ada kaitan dengan politik...
Farid Kamil memberitahu dia tidak pernah meminta wang daripada netizen sepanjang 15 tahun mengharungi rumah tangganya bersama isteri, aktres Diana Danielle.
Farid Kamil sudah diberi notis pindah rumah secepat mungkin - Diana Danielle
Diana Danielle nafi masih berhubung, tinggal serumah dengan Farid Kamil.
Farid Kamil nafi dakwaan Diana Danielle fail cerai sebab orang ketiga
"Apa yang jadi bukan seperti yang disangkan.Tiada kena mengena dengan pihak ketiga."