awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Charlie Sheen bayar AS$10juta untuk 'tutup mulut' pihak tertentu tentang hidap HIV

Agensi
Agensi
19/11/2015
06:36 MYT
Charlie Sheen bayar AS$10juta untuk 'tutup mulut' pihak tertentu tentang hidap HIV
Sheen memberitahu dia mula didiagnosis mengidap penyakit berkenaan sekitar empat tahun lalu dan dalam tempoh itu dia cuba menyembunyikan hakikat itu daripada mata umum dan pihak media. - Gambar Fail
Aktor Hollywood Charlie Sheen yang menggemparkan industri hiburan selepas mendedahkan dirinya menghidap HIV positif berkata dia telah membayar lebih AS$10 juta untuk merahsiakan maklumat tersebut.
Sheen, 50 dalam satu temuramah program NBC, ‘Today’ mendedahkan beliau telah dipaksa untuk mendedahkan perkara itu selepas diperas ugut dan menolak dakwaan laporan akhbar tabloid dan dikhuatiri membahayakan kerana dia didakwa mampu menjangkiti individu lain.
“Ini harus dihentikan … segala penipuan dan serangan ini membahayakan,” kata Sheen, yang sinonim dengan siri sitkom TV, ‘Two and Half Men’.
“Saya berada di sini untuk membuat pengakuan yang saya menghidap HIV positif, katanya sambil menambah dia tidak sepenuhnya pasti bagaimana dia dijangkiti.
Sheen berkata dia dipaksa membayar lebih AS$10 juta dalam masa terdekat ini kepada pemeras ugut untuk memastikan mereka menutup mulut.
Aktor yang pernah mengalami keruntuhan rumahtangga sebanyak tiga kali dan pernah mendampingi beberapa aktres porno, berkata adalah ‘mustahil’ dia dijangkiti kerana sering mengamalkan seks selamat.
Namun, bekas aktres porno Bree Olson, salah seorang teman yang pernah menetap bersama Sheen tidak lama dahulu berkata Selasa, aktor itu tidak pernah mendedahkan tentang keadaan kesihatannya.
“Dia tidak pernah memberitahu saya tentang penyakit itu. “Saya sihat,” katanya kepada saya. “Saya sihat. Saya sihat,” kata Olson kepada Howard Stern dalam satu temuramah radio Selasa. Olson yang telah menjalani pemeriksaan HIV dan disahkan negatif.
Jurucakap Sheen tidak memberi apa-apa komen mengenai kenyataan Olson.
Dalam perkembangan lain, Sheen dilaporkan telah memaklumkan bekas isterinya Brooke Mueller dan Denise Richards tentang keadaanya sejurus selepas disahkan HIV positif. Mueller dan Richards masing-masing mengeluarkan kenyataan yang senada: diri mereka dan keempat-empat anak hasil perkongsian hidup dengan Sheen tidak menghidap HIV.
Sheen memberitahu dia mula didiagnosis mengidap penyakit berkenaan sekitar empat tahun lalu dan dalam tempoh itu dia cuba menyembunyikan hakikat itu daripada mata umum dan pihak media.
Bagaimanapun sehinggalah menerusi laman Radar Online yang menulis berita mengenai seorang aktor terkenal Hollywood positif HIV bertebaran, Sheen akhirnya bangkit mendedahkan kebenaran yang cukup pahit itu.
Topic Berkaitan
#Charlie Sheen
#HIV positif
#NBC
#today
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan