ENTERTAINMENT
'Cinta Pertama' Pekin Ibrahim dan Fatah Amin

Persembahan di Dewan Mu'adzam Shah, UUM Sintok malam Selasa turut dihadiri Naib Canselor, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak. - Foto Astro AWANI
Kehidupan sebagai pelajar universiti sememangnya amat indah dan sentiasa menjadi ingatan buat ramai dalam kalangan kita.
'Cinta Pertama The Musical' memaparkan kisah berdasarkan pengalaman sebenar menarik perhatian penonton dengan kehadiran pelajar Semester 5 Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) bagi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM).
Bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton, persembahan 38 pelajar yang terdiri daripada artis dan selebriti yang kini bergelar sebagai mahasiswa UUM amat mengujakan.

Seramai 38 pelajar BCIM UUM terbabit dalam persembahan kali ini
Mana taknya, kisah kehadiran Pekin Ibrahim, Fattah Amin, Tomok, Maulana, Zahid, Haziq, Akma, Aril dan Amir Syazwan yang pertama kali menjejakkan kaki ke universiti itu amat mencuit hati.
Kisah yang mengangkat tema cinta dan persahabatan itu diselitkan dengan konflik antara pelajar muzik dan filem, bagaimanapun proses adaptasi, rasa kebersamaan dan cinta yang mendalam terhadap UUM berjaya menyatukan mereka.
Ia dipersembahkan di Dewan Mu'adzam Shah, UUM Sintok malam Selasa turut dihadiri Naib Canselor, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Persembahan ini turut dihadiri Naib Canselor UUM
______________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers Hanie Maisarah Ahmad Rasidi dari Universiti Utara Malaysia, UUM.
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
**Awani Rangers UUM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami