AKTOR Farid Kamil mendedahkan hubungannya dengan ibu mentua, Norsiah Ramli sudah lama putus.
Dakwa Farid pada tahun 2019, isterinya Diana Danielle sendiri telah menghalau ibunya keluar dari rumah.
"Sebenarnya sudah lama saya tak dapat hubungi Mama (Norsiah) kerana setahu saya dia sudah dihalau Diana keluar dari rumah kami sejak tahun 2019.
"Tapi tiba-tiba pada tahun 2023 Mama muncul di sini (mahkamah baru-baru ini) bersama Diana, ia benar-benar mengejutkan saya," katanya kepada Astro Gempak.
Farid ditanya mengenai hubungannya dengan ibu mentua selepas mendakwa sukar mencari Diana dan anak-anak yang kini tidak lagi tinggal di rumah kelamin mereka.
Tambah Farid lagi, dia sendiri tidak mengetahui lebih terperinci tentang punca keretakan hubungan Diana dan ibunya.
"Pada saya Diana perlu jelaskan kepada saya sebab apa dia menghalau Mama keluar dari rumah dan tidak mahu berjumpa dengan ibunya ketika itu.
"Bila jadi begini, tiba-tiba Mama muncul saya pun terkejut kerana saya pula dah lama 'lost contact' dengan dia sebab Diana sendiri dah putuskan hubungan dengan ibunya," dakwanya.
Pada ketika permulaan karier seni Diana, Norsiah merupakan tulang belakang kejayaan anaknya dalam industri hiburan tanah air. Norsiah sentiasa menemani anaknya melalui onak dan ranjau dunia lakonan.
Terdahulu, Gempak melaporkan pasangan pelakon itu dinasihatkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk berdamai sewaktu sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.
Pelakon Imaginur itu memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Namun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Menurut peguam syarie yang mewakili Diana, Akberdin, Mahkamah Tinggi Syariah juga mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak (interim) kepada Diana pada 24 Mac lalu.
Katanya, Diana juga membuat permohonan hadanah itu pada 23 Mac lalu.
Pasangan pelakon popular itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012. -- Gempak
Gempak
Tue Apr 11 2023
Dakwa Farid pada tahun 2019, isterinya Diana Danielle sendiri telah menghalau ibunya keluar dari rumah. - Astro GEMPAK
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Ketua pembangkang Korea Selatan desak pemecatan Yoon
Ketua pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung, menyatakan bahawa pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol adalah cara terbaik memulihkan ketenteraman negara.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
Masih suami Isteri: "Ini bukan momen gembira untuk sesiapa" - Diana Danielle
Peguam mewakili Diana Danielle memaklumkan mahkamah mengesahkan status aktres itu dan aktor Farid Kamil masih suami isteri.
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
"Doakan segalanya dipermudahkan" - Diana Danielle, Farid Kamil
Diana Danielle, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini.
Bergaduh berpanjangan punca Diana fail cerai ke atas Farid - Peguam
Diana Danielle beri alasan, kemelut berpanjangan yang dihadapi dengan suaminya, Farid Kamil sukar untuk diselesaikan lagi.
Diana Danielle fail cerai di Mahkamah Rendah Syariah WP
"Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya rasa kalau panjang-panjang tak perlu."
'Surat-surat penipuan' Farid Kamil tiada lagi tempat di hati Diana Danielle
"Satu-satunya yang saya mahukan sekarang adalah tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya. Tolong lepaskan saya."
Farid Kamil anggap musim cerai ada kaitan dengan politik...
Farid Kamil memberitahu dia tidak pernah meminta wang daripada netizen sepanjang 15 tahun mengharungi rumah tangganya bersama isteri, aktres Diana Danielle.
Farid Kamil sudah diberi notis pindah rumah secepat mungkin - Diana Danielle
Diana Danielle nafi masih berhubung, tinggal serumah dengan Farid Kamil.
Farid Kamil nafi dakwaan Diana Danielle fail cerai sebab orang ketiga
"Apa yang jadi bukan seperti yang disangkan.Tiada kena mengena dengan pihak ketiga."
"Saya sayang isteri.... akan lakukan apa sahaja untuk jernihkan keadaan"- Ikrar Farid Kamil
Farid Kamil berikrar untuk memulihkan kembali hubungannya dengan Diana Danielle yang dilaporkan mahu memfailkan perceraian kali kedua.