PELAKON Diana Danielle mendedahkan suaminya yang juga aktor Farid Kamil sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan malah turut berhutang dengannya. 

Menurut Diana, Farid juga mungkir janji untuk membayar semula semua kos mereka pergi menunaikan umrah pada Februari lalu namun aktor itu mampu membeli kereta baharu dan cincin kahwin yang hilang. 

“Bulan ini dah masuk empat bulan tak bayar nafkah.

Trip Ke Mekah. Saya bayar untuk semua anak-beranak. Saya tak harap pun dia bayar balik, sebab dah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik.

“Tapi dia sendiri cakap, dia akan cover balik kos flight dan hotel dia (katanya dia) di Makkah. Malangnya sampai hari ni hanya tinggal kata-kata. Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang tu), dan apa lagilah, tapi nafkah dan hutang masin tergantung,” dedah Diana. 

Diana menerusi Instastory miliknya turut memberitahu dia tidak tahan melihat tindakan Farid yang melepaskan kemarahan terhadap anak perempuannya, Aurora. 

“Dia nak tekankan kata insiden marah anak tu kecil saja. Saya nak tekankan di sini, dia dah mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh. Sampai ke esok pagi dia mash menengking anak-anak atas sebab sebab remeh. Sampai ke tengahari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar dia. 

Diana Dianelle

“Petang dia tengking Aurora, insiden Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya, sebab dia sangat takut. Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab dia nak sambung ‘ajar’ anak.

“Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah. Saya jadi terkejut, dah la ditengking sepuas hati dari petang, dia tak bagi anak tidur dengan saya (yang biasanya rutin), disuruh tidur atas lantai. Bila saya nak ambik Aurora masuk bilik kerana tak tahan tengok treatment anak macam tu, dia tolak saya berkali-kali halang saya ambil anak saya. 

“Saya tetap berkeras untuk bawa anak masuk bilik saya kerana takut apa lagi tindakan seterusnya.

Sebelum saya keluar dari bilik, dia ugut lagi akan pukul anak esok sebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas. He was emotionally unstable, I had never seen him like that and it brought so much fear that something was inpending.

“Bilik itu pun tak sesuai anak masuk. You tahu kenapa bilik itu tak sepatunya ada anak dalam tu. Jadi memang tak sesuai nak suruh anak tidur dalam bilik tu, apa lagi atas lantai,” katanya. 

Diana menganggap Farid tidak sepatutnya bertindak begitu terhadap Aurora memandangkan itu kali pertama anaknya memetik cili tanpa berniat untuk mencuri. 

Dakwa Diana lagi, dia terpaksa menghubungi pihak polis untuk bawa dia dan anak-anak keluar dari disebabkan Farid mengugut untuk menghukum dan memukul Aurora. 

“Aurora tak sengaja. Didik anak jangan sampai dera emosi. It was the first time ever, dan dia tidak tahu petik cili dianggap mencuri, bukan dia niat mencuri. Dengan keadaan dia yang tak boleh kawal emosi, saya terpaksa call polis untuk keluar dari rumah sebab tak tahu apa lagi yang akan berlaku esoknya, dia dah ugut nak sambung hukuman dan pukul Aurora. 

“Cukup! Kalau dah dua hari tu pun tak berhenti baran anda sebab dekat anak. Saya tahu dia tertekan bila saya minta cerai dua hari sebelum tu. But leave the kids alone!” tegasnya. 

Dalam pada itu, Diana juga mendakwa Farid memintanya untuk memfailkan permohonan membuang nama dia daripada nama anak-anak dalam surat beranak. 
 
“Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang Bin/Binti anak? Kenapa suruh I failkan permohonan buang nama you dari surat beranak anak? Kenapa ugut kami mcm itu?” tambahnya.