awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didakwa jual tubuh, Baby Shima beri amaran kepada penyebar fitnah

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2019
08:40 MYT
Didakwa jual tubuh, Baby Shima beri amaran kepada penyebar fitnah
BABY SHIMA mohon penyebar fitnah agar segera membersihkan namanya. - Gambar Instagram Baby Shima
BUKAN marah, tapi kesal yang tidak terhingga apabila namanya tersenarai dalam skandal pelacuran membabitkan selebriti di Indonesia.
Ketika dimaklumkan oleh pengurusannya yang nama dan gambarnya tersebar dalam perniagaan seks atas talian, Baby Shima tergamam.
"Hanya tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati saya. Kesal yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kenapa sampai begini sekali nama saya dicemari?" tegas Baby Shima dalam perbualan dengan Astro AWANI pada Jumaat.
Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli yang kini berada di Jakarta, Indonesia menegaskan, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk terjerumus ke lembah pelacuran seperti mana yang didakwa media negara jiran itu.
Apa yang dikesalkan Baby Shima lagi, tujuannya melibatkan diri dalam bidang seni semata-mata untuk mencari rezeki selain berkongsi bakat seninya dengan masyarakat.
"Kenapa mereka yang mendakwa saya terlibat dalam skandal pelacuran ini melakukan kaji selidik dahulu? Mengapa semudah itu mengheret nama saya? Saya benar-benar tidak faham apa motif mereka," ujar Baby Shima.
View this post on Instagram
KECEWA DAN SEDIH!!!! Harap pihak berkenaan dapat MEMBERSIHKAN nama shima kembali terima kasih. #babyshima #bs #adanampakmummyhappy #repost
A post shared by Baby Shima DAA3 BIGSTAGE (@babyshimaofficial) on
Jan 17, 2019 at 5:52am PST
Nama peserta program realiti D'Academy Asia (Musim 3) di Indosiar, Indonesia serta peserta Big Stage Musim 1 di Astro itu menjadi bahan perbualan apabila didakwa terlibat dalam skandal pelacuran.
Berita ini menjadi bahan utama media Indonesia susulan penangkapan selebriti negara itu. Vanessa Angel yang dicekup ketika dia berada di bilik hotel pada awal Januari.
Siasatan polis hasil daripada penangkapan Vanessa mengesan kegiatan pelacuran atas talian melibatkan hampir 50 artis lain dan 100 model.
Dan sebuah stesen televisyen di Indonesia pula menyiarkan gambar Baby Shima dalam laporan yang dibuat mereka.
Sehubungan dengan laporan yang menjejaskan nama baiknya, Baby Shima memberi amaran kepada penyebar fitnah agar jangan sesekali mempermainkan maruahnya.
"Mohon bersihkan nama saya yang sudah tercemar. Jangan sesekali mempermainkan maruah saya. Saya ada karier dan keluarga untuk dijaga. Seperti yang saya katakan, tujuan saya menjadi artis adalah untuk mencari rezeki bukan melakukan perkara tidak elok," kata Baby Shima lagi.
Justeru, kunjungannya ke Jakarta adalah untuk bertemu dengan media di sana dan sekali gus menjernihkan kembali nama baiknya.
Topic Berkaitan
#artis
#Astro
#Baby Shima
#Big Stage
#D'Academy Asia
#Indonesia
#Indosiar
#Malaysia
#pelacuran
#Skandal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan