awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ella jadikan kumpulan rock perempuan Arab Saudi sebagai role model

Gempak
Gempak
01/04/2019
08:00 MYT
Ella jadikan kumpulan rock perempuan Arab Saudi sebagai role model
Dalam konsert selama dua jam itu, Ella mengalunkan lagu-lagu malar segarnya seperti Nuri, Layar Impian, Rama-Rama, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan banyak lagi. - Foto: Syafiq Shahar, @roserahmantouch
RATU rock negara, Ella Aminuddin memecahkan stereotaip berhijab sebagai halangan untuk dia mengadakan konsert dengan penuh energetik hujung minggu lalu.
Jelas Ella, tenaganya masih sama sebelum atau selepas berhijab malah dia menjadikan sebuah band rock wanita Arab Saudi sebagai contoh.
"Ia tak mudah untuk menyanyi dan beraksi di pentas besar apabila sudah berhijab. Tak sama!
"Tetapi, selepas berhijab saya rasa ia bukan halangan untuk saya menghiburkan peminat saya.
"Saya pernah tengok band wanita Rock n Roll dari Arab Saudi membuat persembahan dan konsert itu sangat luar biasa," katanya selepas mengadakan konsert Ella Unplugged Live In Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam konsert selama dua jam itu, Ella mengalunkan lagu-lagu malar segarnya seperti Nuri, Layar Impian, Rama-Rama, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan banyak lagi.
Ditanya mengenai stamina untuk kekal aktif dalam usia 52 tahun, jawab Ella segalanya bermula dengan disiplin diri.
"Senaman dan disiplin diri kunci utama, selain itu kalau sudah minat mendalam dalam bidang seni pasti takakn keluar daripada landasan," tambahnya.
Malah, Ella turut mengundang suaminya, Kapten Azhar dan adik bongsunya, Korie untuk segmen duet khas.
Lebih indah sebenarnya apabila Ella menyelitkan segmen irama tradisional dan mengajak penonton terbuai dengan keasyikan lagu-lagu asli seperti Tak Seindah Wajah (Tan Sri SM Salim).
Topic Berkaitan
#Ella
#Ella Unplugged Live In Kuala Lumpur
#konsert
#Nuri
#perempuan Arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan