Bukan sekadar konsert biasa! Itu janji Ratu Rock Malaysia, Ella mengenai konsert solonya yang akan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Mac depan.

Lebih dua dekad bersemayam dalam industri muzik, Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin bakal mnengubati kerinduan peminat-peminat setianya menerusi sebuah persembahan berkonsepkan akustik.

Apa yang istimewanya, buat buat julung kalinya hit seperti Pengemis Cinta, Rama-Rama, Standing In The Eyes Of The World, Simbiosis dan Sepi Sekuntum Mawar Merah akan dialunkan dalam bunyi akustik diiringi pemuzik terdiri daripada alumi dan pelajar tahun akhir Akademik Seni Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

"Ella tidak sabar untuk mengadakan konsert ini kerana selain dibikin dalam konsep akustik, ia juga dihadirkan selama tiga malam!

"Ini bukan sahaja platform menguji kredibiliti Ella sebagai seorang penghibur tetapi mahu melihat kesetiaan peminat ella juga." Ujar penyanyi tersebut penuh keterujaan.

Ella unplugged in KL akan berlangsung selama 3hari bermula 29,30 dan 31 Mac 2019 di Istana Budaya.

Tiket early bird mula dijual bermula 2 januari 2019 melalui www.proticket.com.my.