awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farah Lee kembali bergelar isteri

Gempak
Gempak
06/01/2024
02:15 MYT
Farah Lee kembali bergelar isteri
Farah Lee mengumumkan dia kembali bergelar isteri selepas tujuh tahun menjadi ibu tunggal.
AKTIVIS dan personaliti media sosial, Farah Lee memaklumkan dirinya kini sudah kembali bergelar isteri selepas tujuh tahun menjadi ibu tunggal.
Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 31, berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.
Difahamkan Farah mendirikan rumah tangga dengan individu yang dikenali sebagai Fuad pada Jumaat.
“Okay done kahwin lagi sekali. 05.01.24. #goodluckFUAD “ tulisnya ringkas.
View this post on Instagram
A post shared by Farah Lee (@farahlee_)
Sementara itu, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah rakan-rakan selebriti antaranya Heliza Helmi, Wany Hasrita, Datin Lisa Surihani, Almy Nadia dan Fakhrul UNIC.
Bagaimanapun, netizen juga tidak ketinggalan mengambil peluang mengusik Farah disebabkan cara pengumuman dan hashtag lucunya itu.
Antara komen yang diterima adalah:
“Macam tu je dia umum wey hahah,”
“Macam tu je caption dengan hashtag kahwin dia wey hahah,”
Sebelum ini, Farah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun. - Gempak
Topic Berkaitan
#Farah Lee
#Farah Lee kahwin lagi
#goodluckFUAD
#Ally Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan