Para peminat sebelum ini tidak sabar apabila mendapat khabar bahawa bintang-bintang Spider-Man: Homecoming akhirnya menyertai siri filem Marvel Cinematic Universe, yang selama ini mendominasi carta box office.
Pelakon British, Tom Holland, yang membawakan watak adiwira dengan kuasa luar biasa daripada labah-labah itu, hadir dalam sebuah acara tayangan perdana.
Beliau disertai pelakon dengan kostum penuh Spider-Man, yang membuat aksi lompatan jungkir balik dari bonet kereta di hadapan khalayak ramai.
"Saya sedar akan tanggungjawab untuk menjadi teladan kepada kanak-kanak di mana sahaja," ujar Holland.
Menurutnya, ungkapan popular dari filem tersebut - "with great power comes great responsibility" (kuasa yang hebat, perlu disertai tanggungjawab yang besar) - sangat berkait rapat dengan dirinya.
Filem tersebut adalah kali pertama Spider-Man, salah satu daripada watak popular Marvel yang dimiliki Disney, menjadi peranan utama dalam set filem Marvel Cinematic Universe.
Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, ialah orang yang bertanggungjawab mengetengahkan Spider-Man ke dalam Disney.
"Sekarang buat kali pertama kita memiliki Spider-Man dalam Marvel Universe iaitu di mana ia patut berada.
"Saya masih tidak percaya. Saya tidak sangka kita akan buat tayangan perdana malam ini dan tidak sabar untuk orang ramai menontonnya," ujar Feige.
Filem tersebut bakal menyaksikan pelakon watak Iron Man, Robert Downey Jr, yang banyak kali muncul dalam siri filem, menjadi watak pembantu di samping Holland.
Filem tersebut bakal ditayang di pawagam Eropah pada 5 Julai, manakala di Amerika Syarikat pada 7 Julai.
Agensi
Fri Jun 30 2017
Spider-Man: Homecoming bakal ditayang di pawagam Eropah pada 5 Julai, manakala di Amerika Syarikat pada 7 Julai.
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Barbie atasi Super Mario sebagai filem terlaris di AS tahun ini
Barbie mengatasi filem The Super Mario Bros. Movie, yang sebelum ini memegang takhta itu dengan kutipan AS$574 juta.
Lima hari tayangan, filem Rahsia raih kutipan RM2.2 juta!
Selepas lima hari tayangan, filem reboot Rahsia berjaya mengaut kutipan RM2.2 juta.
'Barbie' terus kuasai kedudukan teratas 'box office' Amerika Utara
Filem komedi fantasi 'Barbie' kekal di puncak carta box office Amerika Utara buat minggu keempat berturut-turut.
Polis Evo 3 kutip RM41 juta selepas 12 hari tayangan
Filem Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dikutip dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal.
Polis Evo 3 catat kutipan RM25 juta dalam tempoh seminggu
Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Cinemas, Polis Evo 3 berjaya meraih RM25 juta dalam tempoh 7 hari sejak ia ditayangkan secara rasmi di pawagam.
Sah! Siri televisyen Harry Potter diumum secara rasmi
Siri televisyen Harry Potter itu akan dibarisi pelakon baharu dan ia diberikan komitmen selama 10 tahun.
'Cocaine Bear' catat prestasi luar biasa
'Cocaine Bear' berjaya mengutip AS$23.1 juta pada minggu pertama tayangan box office di Amerika Syarikat.
Waris penulis artikel asal 'Top Gun' kemuka saman terhadap Paramount Pictures
Ini berhubung sekuelnya, 'Top Gun: Maverick' dengan mendakwa bahawa Paramount tidak memperoleh hak sebelum mengeluarkan filem Mei lalu.
'Scream' cantas kedudukan 'Spider-Man: No Way Home' di box office
Minggu tayangan debut filem tersebut menyaksikan jualan tiket sehingga AS$30.6 juta hujung minggu lalu.
'Spider-Man: No Way Home' catat kutipan lebih AS$1 bilion
Ia juga kekal di carta box office selepas dua minggu ditayangkan.