PELAKON Fizo Omar meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang menyamakan peminat tudung Fareeda seperti haiwan.
Menurut Fizo, perkara itu agak keterlaluan apabila gelaran itu diberi berdasarkan video viral yang tersebar baru-baru ini tanpa mengetahui kejadian sebenar.
“Kalau kata pihak Fareeda melayan peminat kami seperti lembu, saya rasa perkataan itu agak kurang sesuai. Manusia tetap manusia dan mereka bukan binatang.
“Peminat adalah aset kami dan kerana sokongan mereka jugalah Fareeda berjaya hingga ke hari ini.
“Saya berasa kecewa apabila peminat Fareeda disama tarafkan dengan binatang oleh segelintir pihak dan saya rasa itu agak melampau.
“Situasi itu bukan kami yang rancang, kejadian itu berlaku di luar kawalan dan kami tidak berniat langsung untuk membuatkan keadaan itu jadi begitu.
“Tidak adil bagi segelintir pihak yang menilai kejadian itu hanya menerusi video, komen-komen di Facebook serta mendengar khabar angin tanpa mengetahui perkara sebenar dan terus memberikan ulasan dengan meletakkan taraf manusia sama seperti binatang itu adalah sangat tidak profesional,” katanya ketika ditemui pada sidang media Fareeda bertempat di Marriot Putrajaya pada Isnin.
BACA: Pelanggan 'merusuh' rebut giliran beli tudung, promosi Fareeda dipertikai
Ingin kongsi kegembiraan
Mengulas mengenai video yang dimuatnaik di laman sosial, Fizo yang juga merupakan Pengurus Pemasaran Fareeda memberitahu niatnya hanya ingin berkongsi kegembiraan dan kemeriahan peminat yang hadir pada hari berkenaan.
“Memang benar video tersebut dimuat naik oleh saya sendiri dengan niat ingin berkongsi kegembiraan dan kejayaan tudung Fareeda hingga berjaya mencetuskan fenomena.
“Jauh sekali dalam fikiran saya untuk bersikap riak ataupun menunjuk-nunjuk seperti yang didakwa. Saya sendiri pun tak sangka video itu menjadi viral kerana ia berlaku di luar jangkaan.
“Begitu juga dengan kejadian yang berlaku, walaupun kami telah menempatkan anggota RELA namun apabila pelanggan mula bertindak agresif menyebabkan pasukan keselamatan tidak dapat mengawal keadaan.
“Disebabkan keadaan huru-hara, mereka mula bercampur diantara lelaki dan perempuan tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Pada hari tersebut pihak kami hanya mengeluarkan sebanyak 1,000 nombor giliran tapi lain pula jadinya apabila pelanggan yang hadir adalah kira-kira 2,000 orang melebihi dari jumlah yang sepatutnya.
“Jadi untuk mengelakkan kejadian ini berulang, untuk keluaran Fareeda yang akan datang, kami bercadang untuk memilih lokasi yang lebih sesuai seperti di stadium untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan.” jelasnya.
Terdahulu, Fizo dan isterinya, Mawar teruk dikritik netizen apabila video yang memaparkan orang ramai berebut-rebut mengambil nombor giliran untuk membeli tudung dibutik tersebut menjadi viral.
BACA: Pelanggan serbu butik: 'Jangan jadikan perniagaan alat manipulasi agama'
Gempak
Tue Apr 12 2016

FIZO: Peminat adalah aset kami dan kerana sokongan mereka jugalah Fareeda berjaya hingga ke hari ini.

Tip mudah biak kesum dalam balang... memang menjadi!
Salah satu teknik yang banyak digunakan adalah hanya dengan menggunakan air.

COVID-19: Six Flags Magic Mountain dijadikan pusat vaksinasi, tidak lagi suram
Biarpun tiada lagi hiruk pikuk di roller coaster di taman hiburan berkenaan, namun parkir kenderaannya sibuk dengan orang ramai yang ingin mendapatkan vaksinasi COVID-19.

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil
Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya semalam, arahan dikeluarkan oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Azahar Mohamed.

KPM berusaha perkasa TV Pendidikan yang kini bersiaran 9 jam sehari
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha untuk terus memperkasa TV Pendidikan yang kini bersiaran selama sembilan jam sehari di beberapa stesen televisyen dengan pendekatan bersesuaian.

Sarawak Memilih: Sekiranya pengecualian darurat diperkenan, Sarawak masih perlu yakinkan pengundi - Penganalisis
Sarawak mempunyai hak untuk dikecualikan daripada darurat bagi laksana PRN, namun perlu memikirkan kerisauan pengundi ketika itu nanti.

Polis panggil dua Adun berhubung perhimpunan berhampiran Stesen Keretapi Alor Setar
Dua Adun terbabit termasuk seorang belas Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) kanan, dipercayai menyertai perhimpunan pada 6 Julai 2020 bagi membantah kerja merobohkan kuil.

Selamatkan haiwan daripada penganiayaan, bawa ke pengadilan dengan cara yang betul
Apa yang anda lakukan apabila melihat seseorang melakukan penganiayaan terhadap haiwan?

Kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi - Anwar
Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

PdPR: Wujudkan jawatankuasa khas selesaikan kekurangan peranti, internet
Kerajaan disaran mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah alat peranti dan capaian internet dihadapi pelajar untuk meneruskan proses PdPR.

AWANI Ringkas: Peningkatan kes COVID-19 di Kelantan membimbangkan | Ada peniaga letak termometer tiada bateri

Anak, bekas isteri Fizo Omar positif COVID-19
Kata Fizo Omar, anaknya, Wan Maryam yang berusia tiga tahun disahkan positif COVID-19, sejak 1 Januari lalu.

"Dah berapa hari asyik teringat" - Mawar Karim
Mawar Karim sanggup menjelajah ke Kelantan bagi melawat bayi berusia empat bulan, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham.

All Star Buka Panggung bukan sekadar hiburan semata-mata
Program ini bukan sahaja memberi hiburan kepada penonton malah ia juga memberi bantuan buat pelakon-pelakon yang pernah mewarnai industri satu ketika dahulu.

All Stars Buka Panggung cabar selebriti berlakon, melawak tanpa skrip
Pertandingan komedi pentas (stagecom) itu berkonsepkan realiti dan bakal menampilkan barisan pelakon hebat tanah air.

Fizo Omar tunai haji, tiba di Jeddah semalam
Semoga dipermudahkan urusan, Fizo Omar.

"Jangan melampaulah!" - Teruk dikecam netizen, ini reaksi Fizo Omar
Netizen ni memandai-mandai!

Siapa 'Hasnah Jidin' di mata Fizo Omar?
Sebaknya...

"Ibu mana yang mahu anaknya bercerai?" - Tangisan duka ibu Fizo Omar
Ibu kepada pelakon Fizo Omar, Hasnah Jidin menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyalahkannya sekali gus menjadi punca perceraian anaknya dan Mawar Karim.

Doakan yang terbaik, ia satu permulaan bukannya pengakhiran - Fizo Omar
Demikian jelas Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34 tahun, dalam perkongsiannya di akaun Instagram miliknya pada petang Rabu.

Fizo, Mawar bercerai talak satu
Pasangan Fizo Omar dan isterinya, Mawar bercerai dengan talak satu.