Majlis resepsi penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 4, Haziq Rosebi dan isteri tercinta, Maisarah Mohd Sidki telah berlangsung dengan meriah di Dewan LIT, Taman Melawati pada Sabtu.

Memilih untuk menggayakan gaun berwarna putih, Maisarah kelihatan begitu anggun umpama seorang puteri manakala Haziq pula tampil segak dengan menyarungkan suit.

Selain keluarga dan sahabat handai, majlis resepsi pasangan itu juga turut dihadiri oleh rakan artis antaranya Rohana Jalil, Jaafar Onn, Nassier Wahab, Kilafairy, Farhan Azizan dan Nadia Hasnan.

Kedua pasangan ini selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Raman Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Terdahulu, Haziq dan Maisarah telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu.

Di sini Astro Gempak ingin kongsikan kepada anda beberapa keping foto sekitar majlis pernikahan Haziq dan Maisarah yang diambil menerusi akaun Instagram penyanyi tersebut: