awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#FreeKesha: Penyanyi Kelly Clarkson diugut

Syafique Shuib
Syafique Shuib
08/03/2016
11:28 MYT
#FreeKesha: Penyanyi Kelly Clarkson diugut
Kelly Clarkson akui pihak label pernah ugut untuk tidak terbitkan album jika tidak bekerjasama dengan penerbit muzik Lukasz Sebastian Gottwald.
PENYANYI Kelly Clarkson mengakui pernah diugut untuk bekerjasama dengan penerbit muzik yang dilaporkan terlibat dalam kes gangguan seksual dan keganasan terhadap penyanyi Kesha.
Clarkson berkata beliau dipaksa untuk berganding bahu dengan Lukasz Sebastian Gottwald untuk lagu ‘My Life Would Suck Without You’ pada tahun 2009.
Sebelum itu, mereka turut bekerjasama untuk lagu-lagu popular Clarkson seperti “Since U Been Gone” dan “Behind These Hazel Eyes”.
BACA: Susulan dakwaan kes gangguan seksual, Kesha tetap 'milik' Sony BACA: #FreeKesha: Taylor Swift sumbang $250,000 kepada Kesha
“Pihak RCA Records berkata mereka tidak akan menerbitkan album jika saya tidak melakukan ini (bekerja dengan Gottwald). Ia merupakan situasi yang sukar untuk saya dan saya cuba melakukan yang terbaik dalam situasi itu,” kata Clarkson kepada sebuah program radio di Australia.
Clarkson turut berkata Gottwald sebagai seseorang yang tidak jujur dan suka menipu.
“Saya senang bergaul dengan semua yang bekerja dengan saya. Namun beliau (Gottwald) bukan lelaki yang baik.
“Susah untuk bekerja dengan beliau dan beliau sering merendahkan martabat (artis),” kata Clarkson.
Namun, Clarkson menegaskan bahawa situasi beliau berbeza dengan pengalaman Kesha.
BACA: #FreeKesha: Warkah penuh inspirasi Kesha kepada mangsa dera, penganiayaan
Pada Februari, keputusan mahkamah untuk tidak membebaskan penyanyi antarabangsa Kesha daripada kontraknya bersama sebuah label dibawah syarikat rakaman gergasi, Sony mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.
Ia berikutan kes mahkamah antara Kesha dan Gottwald atas kes gangguan fizikal dan seksual.
Hakim Shirley Kornreich berkata tiada cukup bukti perubatan dalam kes ini.
Topic Berkaitan
#Kelly Clarkson
#Kesha
#Lukasz Sebastian Gottwald
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan