awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Frontliner' papar konflik dalaman, pengorbanan barisan hadapan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
28/08/2020
02:15 MYT
'Frontliner' papar konflik dalaman, pengorbanan barisan hadapan
Barisan pelakon, pengarah dan penerbit di majlis soft launch 'Frontliner', pada Khamis.
Sebuah filem yang memaparkan jerih perih pengorbanan barisan negara dalam menangani wabak COVID-19 bakal menemui penonton di saluran Astro First Eksklusif, tidak lama lagi.
Filem televisyen (FTV) berjudul Frontliner itu akan menampilkan nama-nama besar seperti Azhan Rani, Beto Kusyairy, Farah Ahmad, Wan Maimunah dan Achey sebagai teraju utama.
Menariknya, Frontliner bukan sekadar mengetengahkan isu berkaitan cabaran dalam tugasan yang terpaksa dihadapi mereka, tetapi juga konflik dalaman yang mungkin tidak disedari ramai.
"Kita tak nak paparkan mereka di lapangan tugas sebab perkara itu memang sudah diketahui ramai. Jadi, kita pilih untuk tunjukkan konflik dalaman seperti dengan keluarga, sebab itu yang orang tak tahu dan mungkin tak faham.
"Jadi kita dapatkan rakan-rakan yang memang bertugas sebagai barisan hadapan untuk kita tahu apa cerita sebenar di sebalik apa yang kita nampak. Secara umum, bolehlah dikatakan filem ini diinspirasikan daripada kisah benar," kata pengarah, Razif Rashid.
"Apa yang dilalui barisan hadapan jauh lebih mencabar daripada kita. Apa yang dilalui mereka setiap hari sangat berisiko.
"Kita mungkin rasa sukar tak boleh keluar rumah dan bekerja, tetapi mereka ini ada yang langsung tak boleh balik ke rumah, kena tidur di hospital, tak cukup tidur, makan minum tidak menentu, malah masa nak guna telefon pun terhad kerana kesibukan.
"Jadi, saya harap filem ini akan menyuntik keinsafan kepada kita dan buang sifat mementingkan diri sendiri," kata salah seorang bintang utamanya, Azhan Rani, yang memegang watak sebagai Dr Azhan.
Penggambaran filem berkenaan yang berjalan selama hampir dua minggu pada pertengahan Ogos dan ia dilaksanakan dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
"Menjalankan penggambaran mengikut SOP memang satu cabaran tetapi syukur kami dapat lakukannya. Malah kami juga lantik pembantu produksi khas bagi memantau pematuhan SOP dan sesiapa yang gagal patuh, akan dikenakan denda.
"Ini bukan sekadar dibuat untuk memenuhi peraturan, tetapi kerana kesedaran sendiri yang COVID-19 ini sangat merbahaya dan kita masing-masing ada peranan untuk mengawal penyebarannya," ujar Razif.
Mereka ditemui pada majlis soft launch filem berkenaan di ibu negara, pada Khamis.
Frontliner, terbitan syarikat produksi D'Alphalegacy Sdn.Bhd, bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif saluran 480 pada Oktober ini.
Butiran lanjut mengenai tarikh siaran dan cara-cara untuk melanggan akan diumumkan kelak.
Topic Berkaitan
#Astro First
#Azhan Rani
#barisan hadapan
#Beto Kusyairy
#cabaran
#COVID-19
#filem
#frontliner
#FTV
#keluarga
#Kesedaran
#konflik
#koronavirus
#lapangan
#pelakon
#petugas barisan hadapan
#Razif Rashid
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan