awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gitaris Slipknot Mick Thomson cedera ditikam di kepala

Agensi
Agensi
12/03/2015
09:18 MYT
Gitaris Slipknot Mick Thomson cedera ditikam di kepala
Berdasarkan kenyataan pengurus jelajah Slipknot, insiden berdarah itu tidak menjejaskan jadual persembahan mereka yang telah diatur. - Gambar fail
Gitaris kumpulan heavy metal Slipknot Mick Thomson dikejarkan ke hospital kerana cedera parah selepas terlibat dalam pergaduhan melibatkan pisau dengan abangnya, Andrew, pada Rabu.
Menurut portal berita The Guardian, kecederaan yang dialami Mick, 41, antara lain disebabkan kesan tikaman di belakang kepalanya.
Perkelahian itu berlaku di kediaman Mick di Iowa dan kedua-dua adik-beradik itu ditemui dalam pengaruh alkohol ketika polis tiba di tempat kejadian.
Mick dan Andrew telah dihantar ke hospital dalam ambulans berlainan. Bagaimanapun, kedua-dua mereka cedera dalam insiden tersebut, namun pihak polis menyatakan bahawa keadaan mereka tidak mengancam nyawa.
Vokalis kumpulan tersebut, Corey Taylor melalui akaun Twitternya telah mengesahkan bahawa Mick tidak berada dalam keadaan kritikal.
Mick Update: from what I've heard he's okay. We're sendig him all your thoughts. Thank you for that.
— 'Mad Beans' Hooper (@CoreyTaylorRock) March 11, 2015
In regards to the story about Mick, I'm doing the best I can to find out if he's alright. I'll get back to you later.
— 'Mad Beans' Hooper (@CoreyTaylorRock) March 11, 2015
Slipknot pada Oktober tahun lalu telah melancarkan album 5: The Gray Chapter dan mereka kini sedang dalam perancangan untuk konsert jelajah di Amerika Utara bermula April ini sebelum berangkat ke Eropah untuk menjayakan persembahan sempena festival musim panas.
Berdasarkan kenyataan pengurus jelajah Slipknot, insiden berdarah itu tidak menjejaskan jadual persembahan mereka yang telah diatur.
Topic Berkaitan
#mick thomson
#slipknot
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan