SHAH ALAM: Penyanyi Roy Kapilla menjadi peserta pertama yang meninggalkan pentas Gegar Vaganza 9 (GV9) apabila tersingkir setelah menduduki tempat tercorot pada konsert minggu kedua di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad malam.
Roy yang menyanyikan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati yang dipopularkan kumpulan EYE gagal memikat hati juri untuk terus kekal bagi menghadapi minggu seterusnya.
Penyanyi Tomok yang menyanyikan lagu Janji Padamu dendangan kumpulan Exists diumumkan sebagai peserta yang menduduki tempat pertama.
Bertemakan 'Malar Segar Mekar Membara', peserta GV9 mempersembahkan lagu-lagu yang masih kekal popular hingga ke hari ini.
GV9 menampilkan 13 peserta yang terdiri daripada Dina Nadzir, Jaclyn Victor, Tomok, kumpulan VE, Bob Yusuf dan beberapa nama lain.
Sementara itu, Gempak melaporkan, semua peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Anugerah Juara Next Level Digi untuk yang pertama dimenangi oleh Fuad Rahman berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,00.
Manakala penyanyi Jaclyn Victor memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak dan membawa pulang penapis udara bernilai RM3,350.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Tomok - Janji Padamu (80%)
Syafinaz Selamat- "Nampak tak bonda dia ini memang pejuang, semangat juang dia saya memang puji. Masuk pertandingan, Tomok give all dan pandai strategik. Tak ada range besar, Tomok pandai mengolahkan suara, nampak macam you did very well… smart. Tapi jaga posture, dari segi persembahan bagus. Maybe kena explore sikit dari segi tone kualiti, in term of suara, boleh color sikit. Tapi bukan tak boleh, jangan begitu dari awal, kasi lebih warna. Masuk dalam muzik, lupa diri, sampai lupa tone suara. Bukan tak nice tapi boleh jadi lagi cantik."
Hetty Koes Endang- "Terus terang, bonda lagi suka kamu menyanyi dengan uniform belakang, sut. Lagu bagus, tapi bonda lagi suka baju tu, dengan lagu ini. Bonda suka tarikan kamu, tapi sebutan dan artikulasi. Pencipta lagu tidak sebarang buat lagu. Baju tak sesuai dengan lagu."
Hazrul Nizam - Untukmu Ibu (79.8%)
Syafinaz Selamat - "You ni comel ya. Suara dan rupa, lagu ni ngam. Very nice opening, steady perfomance, boleh rasa dinamik dari awal sampai akhir. Minggu ni jauh sangat beza dengan minggu lepas. Mungkin minggu lepas terlalu nervous, nampaknya boleh control perasan gemuruh, saya happy. Cuma kadang-kadang lagu slow, tak memerlukan banyak pergerakan. Rasakan dari suara you dan pembawakan muka. Tak perlu banyak pergerakan. Reaksi muka bercerita kepada ibu sudah cukup. Overall, You did a great job.
Shila Amzah - Getaran Cinta Di Jiwa (78.9%)
Syafinaz Selamat - "Saya gembira GV9, penyanyi yang masuk bagus, semua beri saingan. Semua orang kerja kuat. Saya hargai. Saya nampak you dari kecil, sampai tua. Bukan hanya diri membesar tapi bakat you pun begitu besar. Perjalanan seni suara you, mencapai tahap sangat membanggakan.
Bila masuk pertandingan macam ni, susah dalam masa tiga minit kena tunjuk segala yang ada. You kena fikirkan, nak berada dekat sini lama, strategik dan momentum. Mungkin boleh warnakan, jangan dari mula terus tekan minyak. Sikit-sikit. Ada suara cantik dan top note sangat cantik. Saya mahu you to show low range, jangan tunjuk tinggi saja… tunjuk benda lain."
VE - Kasih Berubah (74.5%)
Syafinaz Selamat - "Bila menyanyi solo nampak macam berkira-kira, sepatutnya kena ikut bersama. Apa-apa pun saya gembira dengan persembahan VE."
Jaclyn Victor - Gerimis Mengundang (74.4%)
Hetty Koes Endang - "Sebetulnya bonda berharap kamu (menyanyi) malam ini seperti nyanyian original ya. Tapi ternyata gerimis versi Jaclyn Victor. Kamu ni salah seorang penyanyi... kalau bonda dengar kamu banyak prestasi (pencapaian), panggung pertandingan ni sudah makanan, lagu ni sebetulnya sudah banyak penyanyi menyanyikan lagu ni. Kamu menyanyikan sampaikan ke jiwa bonda, sampai bonda menangis."
Pat Candy - Mahkluk Tuhan Paling Seksi (69.3%)
Hetty Koes Endang - "Seluruh penampilan, panggung hebat sekali. Stage act memang harus lagu ni. Menurut bonda, masih aman. Kerana judul lagu, rambut diataskan boleh main gitar. Saya keliru mana lelaki dan perempuan."
Bob Yusof - Kepulangan (64.5%)
Ramli MS - "Kamu punya task hari ni, tak susah. Kami dah ukur dari bawah sampai atas. Sampai D jangan naik lagi, nak terkucil. You ada bakat, boleh delivery. You naik hantu, naik lebih tinggi, sangat bahaya tone tu. Tapi saya okey dengan you nyanyi."
Syafinaz Selamat - "Nak pesan pada semua peserta, hati-hati potong lagu dari satu segmen ke satu segmen, jadi susah. Intonasi lari. Fikirkan perjalanan lagi tu."
Hetty Koes Endang - "Kamu menyanyi biasanya saya tergerak, tapi jujur terlalu cepat, feel kurang, kita menyanyi ni senang mudah, untuk diri sendiri. Menyanyi untuk penonton, sulit."
Dina Nadzir - Ku Teruskan (61.4%)
Hetty Koes Endang - "Lagu yang you nyanyikan balada blues, sebetulnya nyanyi tak perlu improve terlalu banyak, yang manis sudah cukup. Isi cerita bukan marah tetapi menyesali. Kami sudah profesional. Saya hanya sharing. Saya tahu sudah hafal, dah khatam lagu itu tapi lupa ada sisi tak perlu dikeluarkan. Blues ni santai, tapi dirasai, kamu lebih banyak emosi, isi cerita tak macam tu."
Asheed Def Geb C - Percayakan Siti (60.4%)
Ramli MS: - "Satu nak tanya, dari minggu pertama pergerakan terhad? Sebelum ni boleh lompat. Stylo. Cermin mata sebelah hitam, sebelah putih. Last tu, stylo. You punya imej, diri. Be yourself. Enegy tu ada. I like."
Tom - Kemaafan Dendam Yang Terindah (59.9%)
Ramli MS - "You harus reset dalam kerjaya you. You punya warna suara yang cantik dan ada nada tinggi, kenapa you nyanyi guna suara orang lain. You kena jumpa cikgu vokal. Suara tak jelas, suka tiru penyanyi lain. Content you boleh diguna pakai, tapi kena ada kerjaya yang baru. Be yourself, you boleh jual vokal you."
Hetty Koes Endang - "Apa yang Tokram sampaikan, sama dengan saya. Kita menyanyi ni sebetulnya, keluarkan suara asli kita, jangan ambil di dalam. Ni pertandingan bukan nyanyi di kafe, juri nak dengar yang jelas. Nyanyi ni adalah bicara. Kamu sudah ada suara bagus, basic bagus. Penjiwaan kamu sudah dapat."
Fuad Rahman - Suara Cinta (57.9%)
Ramli MS - "You kena gunakan apa yang you ada. Mungkin lagu ni macam tu, jadi saya dengar macam tu saja, statik. Maybe sebab lagu ini. Apa yang ada, bahan macam-macam ada boleh buat. Jangan terlalu statik. Jangan bazirkan you punya content yang ada."
Haida - Di Sebalik Sejuta Wajah (57.8%)
Hetty Koes Endang - "Lagu ini kamu ambil original kepada penyanyi asli. Memang pass warna suara kamu. Kamu menyanyi dari awal sampai akhir, lagu begitu saja. Jadi di awal tu kamu menyanyi original tak apa, tetapi setelah muzik kamu boleh improve. Berkali ulang corus, setelah muzik boleh beri improve. Menurut bonda, kalau kamu mendapat lagu, improve sedikit tapi mahal."
Roy Kapilla - Izinkan Selamanya Namamu Di Hati (53.2%)
Syafinaz Selamat - "Saya nak tahu lagu sebegini, lagu biasa dinyanyikan. Pada saya, nyanyian abang agak lama style 60-an. Salah satu perkara kurangkan aspek hujung-hujung. Vibrator ada juga bunyi berbeza macam verba. Tapi teknik verba tak nampak natural.
Abang menyanyi berkira-kira takut dengan tempo. Macam berhati-hati, tempo kena lebih relax. Saya nampak usaha abang. Patut diuji, tu yang penting."
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemankan oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein. Bagaimanapun bagi minggu kedua, pelawak Daniel Zaini mengantikan Nabil.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, naib juara pula meraih RM50,000, tempat ketiga akan menerima RM30,000, tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Astro Awani, Gempak
Sun Sep 25 2022
Roy yang menyanyikan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati yang dipopularkan kumpulan EYE gagal memikat hati juri untuk terus kekal bagi menghadapi minggu seterusnya. - Gambar/ Astro AWANI
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Tom dan Fuad Rahman sambut cahaya mata perempuan pertama
Penyanyi Tom selamat melahirkan cahaya mata perempuan pertama pada pagi Ahad di sebuah hospital kerajaan.
All Stars GV: Tiada penyingkiran, lapan peserta mara ke konsert akhir
Semua peserta boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan pada konsert separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dan terus berjaya ke konsert akhir pada Ahad depan.
All Stars GV: Liza Hanim terus unggul, perjalanan Ayai terhenti
Ayai gagal menambat hati juri apabila hanya mendapat 53 peratus markah daripada juri tetap.
GV10: "Lebih hidup pentas" - Datuk Syafinaz pun mahu Kak Lina bukan Elly M, tapi ada syarat...
Elly M bertugas sebagai sebagai pengacara yang kelihatan sopan, bercakap perlahan, gelak malu-malu dan sedikit reserved.
Tercapai hasrat Tom untuk timang anak perempuan
Tom sebak selepas disahkan bayi dalam kandungannya kali ini anak perempuan.
All Stars Gegar Vaganza: Perjalanan Cliff Umar dan Suki Low terhenti di minggu kedua
Perjalanan Suki Low dan Cliff Umar di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) terhenti setakat minggu kedua.
'Saya belum boleh mencangkung, masih solat duduk' - Zamani sudah 80 peratus pulih
Berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatannya, kata Zamani, 52, dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala dengan doktor setiap enam bulan.
GV Roadshow 2023 rai ulang tahun ke-10 Gegar Vaganza
Jelajah ini juga sebagai merealisasikan impian Astro dalam usaha merapatkan hubungan antara peminat dan penyanyi tersohor tanah air.
Astro Rewards tawar pengalaman eksklusif, hadiah lebih hebat untuk pelanggan
Sebagai tanda penghargaan terhadap pelanggan setia, Astro Rewards menawarkan lebih banyak ganjaran istimewa pada tahun ini.
'Ia boleh mencela integriti saya' - Baggio dedah punca enggan sertai Gegar Vaganza
Sebagai penyanyi yang telah berkecimpung di dalam dunia seni sejak lebih tiga dekad lalu, dia belum sedia untuk mempertontonkan kelemahannya kepada umum.