KECOH di laman sosial baru-baru ini mengenai pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang didakwa tidak mengundi ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Terdapat segelintir netizen mempertikaikan Hanis dan Hairul yang tidak memuat naik foto jari mereka dengan dakwat kekal PRU14.
Bertemu dengan pasangan ini di majlis pelancaran koleksi Jakel Barulah Raya di Jakel Mall sebentar tadi, mereka mengakui tidak keluar mengundi.
"Atas tuntutan kerja, kami tidak mengundi dan rasa sangat ralat. Sepatutnya PRU kali ini menjadi PRU kedua kami mengundi.
"Namun begitu, atas kekangan kerja, kami tak sempat mengundi. Kami terlibat dengan penggambaran sebagai wajah koleksi Hari Raya Jakel pada hari tersebut.
"Pengurus kami telah menetapkan jadual tersebut lebih awal lagi dan tidak boleh dipinda kerana kekangan kerja Hairul yang sangat sibuk di set penggambaran filem Paskal. Sejujurnya, kami sangat ralat," kata Hanis.
Hanis dan Hairul akan memastikan mereka turun mengundi di PRU akan datang.
"Kami akan memastikan yang pada lima tahun akan datang, kami akan mengundi nak menunaikan kewajipan sebagai seorang pemilih serta rakyat Malaysia.
"Kami juga akan mengingatkan peminat kami untuk mendaftar sebagai pengundi dan turut sama-sama mengundi di PRU akan datang," katanya lagi.
Pasangan ini bersama anak mereka, Yusuf Iskandar dipilih sebagai wajah kempen Jakel Barulah Raya untuk tahun yang kedua.
Selain Hanis, Hairul dan Yusuf, selebriti lain yang turut menjadi wajah kempen ini ialah Ayda Jebat, Nabil Ahmad, Datuk Aaron Aziz, Harith Iskander, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Lara Alana dan Upin Ipin.
Teks: Kamaruddin Razal
Gempak
Sat May 19 2018
Hanis dan Hairul akan memastikan mereka turun mengundi di PRU akan datang. - Foto: Instagram @jakeltextile
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
Hairul Azreen umum bersara jadi pelakon, Malbatt: Misi Bakara filem terakhir
Keputusan itu dibuat selepas merasakan dia sudah puas berada di dalam industri lebih 15 tahun.
Urat lutut putus, Hairul Azreen tarik diri dari filem arahan Syamsul Yusof
Hairul terpaksa lupakan peluang membintangi filem The Original Gangster.
TMSM: Tiada lagi 'kokok' ayam jantan, akhirnya juri bongkar identiti Hairul Azreen
Hairul terpaksa akur disingkirkan apabila mendapat markah 72 peratus daripada juri selepas menyanyikan lagu "Dewa Dewi" nyanyian asal kumpulan Spider.
Aksi lasak Wira semarakkan 'cita-cita Hollywood' Hairul Azreen
Peluang Hairul Azreen untuk bergandingan dengan pelakon Indonesia, Yayan Ruhian yang sudah menempa nama dalam industri Hollywood bagi filem aksi Wira bak mimpi jadi kenyataan.
Apa yang anda perlu tahu tentang trend viral "Bottle Cap Challenge"?
Laman media sosial sekali lagi dibanjiri hashtag #BottleCapChallenge yang memerlukan anda untuk membuka penutup botol dengan tendangan 'side-kick' tanpa menjatuhkan botol tersebut.
"Where's the present Mummy .." - Ini respon Yusuf Iskandar selepas dapat hadiah daripada adik
Comel je ..
Ligamen kaki saya putus: Hairul Azreen
Hairul Azreen memberitahu ligamen pada anggota kaki kanannya putus ketika menjalani penggambaran filem Wira.
"Style gila ihram kau" - Netizen usik foto seksi Hairul Azreen
Amboi netizen ..
'Alhamdulilah kami dah selamat pulang...' - Hanis Zalikha sekeluarga dipuji
Pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen serta anak mereka Yusuf Iskandar difahamkan selemat pulang dari mengerjakan Umrah di tanah suci Mekah.
PASKAL The Movie mampu jadi pemangkin anak muda sertai bidang ketenteraan
PASKAL the Movie memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang negara.