awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
Malaysia suarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik di Yaman
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haqiem Rusli kini bergelar suami kepada Anis Sofea

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2021
08:17 MYT
Haqiem Rusli kini bergelar suami kepada Anis Sofea
Penyanyi terkenal, Haqiem Rusli selamat diijabkabul dengan ahli perniagaan, Anis Sofea di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada Jumaat.
CYBERJAYA: Penyanyi lelaki popular negara, Haqiem Rusli mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi ahli perniagaan, Anis Sofea dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di sini, pada pukul 3.40 petang tadi.
Dengan dua kali lafaz, Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem sah bergelar suami kepada Anis Sofea yang memiliki nama sebenar Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.
Pasangan itu dinikahkan Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Zamzuri Ruslan.
Dalam majlis yang dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat, penyanyi yang masyhur dengan lagu Mimpi dan Tergantung Sepi itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran RM100,000 bersama lima dulang hantaran berbalas lima kepada isterinya.
Haqiem Rusli kini milik Anis Sofea
Pasangan Haqiem, 24, dan Anis Sofea, 19, menyambut penuh kesyukuran kerana hari bahagia mereka berjalan lancar dalam majlis tertutup berikutan terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.
Pada malam ini, pasangan mempelai akan diraikan dalam acara resepsi secara bertemakan 'Wedding in the Sky' atau “Raikan Cinta di Langit Asmara” di skyGlass Cyberjaya.
Haqiem dan Anis Sofea saling mengenali antara satu sama lain sekitar dua tahun ketika kedua-duanya bertemu semasa menjalankan urusan perniagaan.
“Dia (Anis Sofea) amat sempurna buat saya dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan ketrampilannya yang telah menambat hati saya untuk memilikinya,” kata Haqiem dalam kenyataan media yang dikeluarkan syarikat pengurusannya pada Jumaat.
Bagi Anis Sofea pula, sifat penyayang dan keprihatinan Haqiem menyebabkan dia menyenangi suaminya itu.
“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” ujar Anis Sofea pula.
Haqiem yang juga penyanyi kelahiran Hulu Langat dan isteri merancang untuk menikmati bulan madu di dalam negara.
"Ikutkan saya nak bawa isteri berbulan madu ke luar negara. Tambah pula pintu sempadan negara luar sudah banyak dibuka. Cuma saya terikat dengan komitmen menjadi juri Suara Viral 2.0 (terbitan Astro) setiap Sabtu dan Ahad.
"Jadi memang tak boleh nak pergi jauh. Untuk sementara waktu, kami nak ke Sabah," kata artis popular yang bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music itu lagi.
Topic Berkaitan
#Haqiem Rusli
#Anis Sofea
#Haqiem Rusli bergelar suami
#Masjid Raja Haji Fi Sabilillah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan