KUALA LUMPUR:Umum mengetahui, pelakon terkenal, Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka.
Melalui perkongsian di IG stories, Emma memaklumkan, dia dan suaminya berada dalam keadaan baik, namun pelakon itu turut mendedahkan, dia setakat ini masih tiada deria rasa dan bau.
"Esok adalah hari terakhir kuarantin dan kita akan buat ujian saringan kedua, Insyaallah keputusan negatif. Namun, saya masih tidak ada rasa dan bau," katanya melalui IG stories di laman Instagramnya.
BACA: Emma Maembong dan suami positif COVID-19
Jelasnya, ketika ini dia berada pada peringkat pertama jangkitan COVID-19 dan masih tiada gejala yang membimbangkan.
Susulan itu katanya, dia dan suami hanya kuarantin di rumah dan memberi ruang kepada pesakit yang benar-benar memerlukan untuk dirawat di hospital.
Emma dalam pada itu, turut menasihatkan mana-mana individu untuk melakukan ujian saringan COVID-19 jika mempunyai gejala seperti demam dan sakit tekak.
"Nasihat Emma, kalau rasa sakit tekak atau demam, terus pergi buat swab test sebab tidak rugi dan tidak payah takut.
"Sekurang-kurangnya apabila kita tahu kita positif, kita boleh selamatkan ramai lagi nyawa. Daripada kita positif dan jadi lebih teruk kalau kita pergi jumpa orang," tambahnya lagi.
Anak mereka, Shariq Gabriel, yang sebelum ini disahkan negatif COVID-19 ketika ini dijaga kakak Emma, Coddy Maembong.
Pada 15 Januari lalu, Emma mendedahkan dia dan suami disahkan positif COVID-19 melalui video yang dimuat naik di Instagram.
Rahimah Abdullah
Tue Jan 19 2021
Melalui perkongsian di IG stories, Emma mendedahkan, dia dan suami berada dalam keadaan baik, namun pelakon itu mendedahkan, dia setakat ini masih tiada deria rasa dan bau. Foto Instagram emma_maembongofficial
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Emma Maembong doakan perkahwinan ketiga Shikin, Cat Farish jadi yang terakhir
Kata Emma, kebahagian terpancar pada wajah kakaknya sejak bersama bakal suaminya itu.
Cat Farish bakal disatukan dengan Shikin Maembong
Penyanyi dan komposer Cat Farish berkongsi berita gembira bakal disatukan dengan Shikin Maembong dalam masa terdekat.
Shakil Aryan Shah nama bayi Emma Maembong
Shakil Aryan Shah Nama Bayi Emma Maembong, Comel Reaksi Shariq Pertama Kali Jumpa Adik
Emma Maembong selamat lahirkan anak kedua
Pelakon Emma Maembong selamat melahirkan bayi lelaki keduanya yang berat 3.4 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan pada Rabu.
Hari kesembilan kuarantin COVID-19, Emma Maembong masih tiada deria rasa dan bau
Umum mengetahui, pelakon terkenal, Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka.
Emma Maembong dan suami positif COVID-19
Namun, anak pasangan ini, Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan, tidak dijangkiti virus berkenaan.
Sekali lafaz, Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson sah bergelar suami isteri
Nampaknya bukan Emma Maembong sahaja yang memilih tarikh untuk mendirikan rumahtangga pada tanggal 20 Februari 2020!
Emma Maembong kini bergelar isteri kepada juruterbang
Pernikahan Emma dan Muhammad Shazli diadakan secara tertutup di sebuah premis di Bukit Damansara, di sini, sekitar pukul 12 tengah hari.
Alvin Chong percaya Emma Maembong mampu hadapi dugaan
Bagus la kawan macam ni ..
'Ia tak normal' - Ummi Nazeera ulas 'penyakit' artis buka tudung
Pelakon Ummi Nazeera terpanggil untuk mengulas mengenai situasi golongan selebriti yang sewenang-wenangnya mudah untuk membuka tudung.