awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya menang, penyampai radio Indonesia sahut cabaran Johara

Astro Awani
Astro Awani
20/11/2019
10:42 MYT
Harimau Malaya menang, penyampai radio Indonesia sahut cabaran Johara
Penyampai segmen Semangat Pagi Nampol yang dibarisi oleh Kemal Mochtar, Diaz Danar dan Sinyorita sahut cabaran bergambar depan tugu kebanggaan Jakarta, Tugu Monas.
EKORAN kemenangan pasukan negara keatas pasukan Indonesia pada perlawanan peringkat Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, penyampai radio daripada negara jiran telah menyahut satu cabaran yang diberikan oleh Johara Pagi ERA.
Beberapa hari lalu, Johara telah membuat cabaran kepada Semangat Pagi Nampol daripada radio Gen 98.7 fm menyatakan andai pasukan Malaysia menang keatas pasukan Indonesia, maka mereka perlu memegang papan menyatakan bahawa mereka sayang Malaysia, dan begitulah juga sebaliknya.
Disebabkan kemenangan berpihak kepada Malaysia, penyampai segmen Semangat Pagi Nampol yang dibarisi oleh Kemal Mochtar, Diaz Danar dan Sinyorita telah menyahut cabaran ini berhadapan tugu kebanggaan Jakarta, iaitu Tugu Monas.
Rata-rata komen daripada pengikut stesen radio berkenaan memuji sifat bersaudara yang diterapkan oleh mereka dan tidak sabar untuk menantikan perlawanan antara kedua-dua negara ini pada masa akan datang.
View this post on Instagram
Pagi ni JoHaRa call salah satu Radio di Indonesia, @gen987fm untuk buat satu cabaran dengan diorang. Cabaran dia adalah : 1) Kalau Malaysia menang, team Semangat Pagi Nampool dari Gen FM kena ambik gambar tulis Kami Sayang Malaysia. 2) Kalau Indonesia menang, team JoHaRa akan ambik gambar tulis Kami Sayang Indonesia #JoHaRaPagiERA
A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on
Nov 17, 2019 at 5:47pm PST
BACA: Terima kasih Harimau Malaya - Penyokong Malaysia
Topic Berkaitan
#Gen 98 7
#harimau Malaya
#Johara
#Pagi Era
#Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023
#Semangat Pagi Nampol
#stesen radio Era
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan