awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hilang sudah kasih sayang, Lady Gaga punca hubungan Bradley Cooper, Irina Shayk berakhir?

Isabelle Leong
Isabelle Leong
08/06/2019
02:32 MYT
Hilang sudah kasih sayang, Lady Gaga punca hubungan Bradley Cooper, Irina Shayk berakhir?
Cooper, 44 dan Shayk, 33, membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka dan dalam proses menguruskan hak penjagaan anak perempuan, Lea De Seine Shayk Cooper yang berusia dua tahun.
BINTANG Hollywood, Bradley Cooper dan model Rusia, Irina Shayk dilaporkan telah berpisah selepas empat tahun bersama.
Cooper, 44 dan Shayk, 33, membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka dan dalam proses menguruskan hak penjagaan anak perempuan, Lea De Seine Shayk Cooper yang berusia dua tahun.
Menurut sumber, hubungan antara kedua-dua Cooper dan Shayk telah tegang sejak pembikinan filem “A Star is Born” disebabkan etika kerja Cooper sebagai pelakon dan juga pengarah filem tersebut.
Pasangan Cooper-Shayk mula menghabiskan masa bersama pada musim bunga tahun 2015.
Berita perpisahan tersebut menggegarkan dunia Internet apabila rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa punca berakhirnya hubungan cinta antara Cooper dan Shayk adalah disebabkan pelakon gandingan Cooper, Lady Gaga.
Lady Gaga heading to Bradley Coopers house after hearing the break up news pic.twitter.com/Iyf8ttciLF
— Kyla (@kylamartinyoung) June 7, 2019
Me, after proclaiming Gaga and Bradley Cooper belong together and seeing the news that he and Irina split pic.twitter.com/mswLyeCxRW
— resist_blotus (@ReenieHOO) June 8, 2019
This is the reason why Bradley Cooper and Irina Shayk split after 4 years together pic.twitter.com/dgK1sqzady
— Truthfully The EXCEPTIONAL Ruthless (@FullyCalibrated) June 7, 2019
Lakonan Gaga dan Cooper mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi dengan persembahan lagu hits 'Shallow’ oleh duet tersebut pada Anugerah Oscar 2019.
Diiringi piano yang dimainkan Gaga sendiri, pasangan tersebut kelihatan romantis seperti pasangan yang sedang hangat bercinta bahkan seperti terikut-ikut dengan emosi mereka.
Bagaimanapun, dalam temu bual bersama hos Jimmy Kimmel pada Februari, Gaga menafikan khabar angin tersebut dan berkata persembahan tersebut hanya sekadar lakonan.
“Sejujurnya, media sosial merupakan ‘jamban’ Internet dan bagaimana ia telah menjejaskan budaya pop, sungguh buruk.
“Ya, penonton merasa perasaan cinta menerusi persembahan itu dan kami memang mahu anda untuk mempunyai perasaan begitu.
“Shallow merupakan lagu cinta dan ‘A Star is Born’ merupakan kisah cinta,” katanya dalam temu bual tersebut.
Penyanyi 'Bad Romance' juga dilaporkan memutuskan pertunangan dengan tunangnya, Christian Carino pada Februari lalu.
Apakah pendapat anda? Adakah Lady Gaga punca putusnya hubungan cinta antara Cooper dan Shayk?
Kongsikan pandangan anda di ruang komen di bawah!
Topic Berkaitan
#A Star Is Born
#Bradley Cooper
#cinta
#Irina Shayk
#Lady Gaga
#Shallow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan