awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu Abam Bocey, Ali Puteh selamat dikebumikan

Gempak
Gempak
01/10/2021
08:42 MYT
Ibu Abam Bocey, Ali Puteh selamat dikebumikan
Allahyarham Sabariah Arshad, menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira jam 11.54 malam.
IBU kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh meninggal dunia di Hospital Selayang pada tengah malam semalam (Khamis).
Allahyarham Sabariah Arshad, menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira jam 11.54 malam.
Wakil keluarga Ali Puteh, ketika dihubungi Gempak berkata Allahyarham dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) pada Selasa lalu kerana serangan asma.
Allahyarham juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Ali dan adik lelakinya sedang menuju ke hospital untuk urusan membawa jenazah pulang ke rumah, manakala kakak dan isteri Ali tinggal di rumah untuk menguruskan apa yang patut.
“Urusan lain seperti memandikan jenazah dan pengebumian belum diketahui infonya,” kata wakil tersebut.
Allahyarham pada Disember tahun lalu pernah dimasukkan ke hospital sama kerana serangan asma dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu Ali dalam kemas kini di laman Instagram memaklumkan jenazah ibunya telah selamat dikebumikan di Sungai Pusu, Gombak sebelum solat Jumaat tadi. Dia turut berterima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan arwah ibunya. BACA: "Abam aku datang dengan mak ni, bangunlah Abam" - Ali Puteh
View this post on Instagram
A post shared by SYED ALI MUBARRAK AL JUFRI (@aliputeh_official)
Takziah dari Gempak buat Ali sekeluarga.
Topic Berkaitan
#Abam Bocey
#ibu Abam Bocey meninggal dunia
#Ali Puteh
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan