Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Macao (IFFAM) membuka tirainya pada Khamis dengan sasaran mengembangkan industri pelancongan dan kreatif daerah pentadbiran khas China itu.
Presiden jawatankuasa penganjur IFFAM, Maria Helena de Senna Fernandes berkata penganjuran festival yang julung-julung kali diadakan itu diharap akan merancakkan lagi sinergi antara kebudayaan dan pelancongan sekali gus mendokong cita-cita Macao untuk jadi pusat pelancongan dunia.
Acara itu juga katanya, memberi ruang kepada industri kreatif dan kebudayaan tempatan untuk belajar daripada dunia.
“Macao ialah tempat budaya Timur dan Barat dipadukan menjadi simfoni yang indah. Ia telah jadi lokasi penggambaran beberapa buah filem. Acara bertaraf antarabangsa seperti ini mempamerkan kemampuan kita dan menawarkan ruang untuk pertukaran (idea) berkelas dunia untuk industri kebudayaan dan kreatif tempatan,” katanya pada majlis pembukaan IFFAM.
IFFAM dianjurkan oleh Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao dan Persatuan Produksi Televisyen & Filem dan Kebudayaan Macao dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk syarikat korporat.
Festival yang akan jadi acara tahunan ini menghimpunkan komuniti filem tempatan dan antarabangsa serta memperkenalkan peminat filem setempat kepada kepelbagaian genre dan stail filem dari serata dunia.
Filem Perancis arahan Angelin Preljocaj dan Valérie Müller Polina diberi penghormatan membuka festival. Ia mengisahkan tentang seorang penari klasik yang merantau ke Moscow untuk menyertai kumpulan penari berprestij, Bolshoi Ballet. Tayangan di IFFAM malam Khamis merupakan tayangan perdana untuk Asia.
Sejumlah 12 filem dipertandingkan pada festival ini yang menayangkan keseluruhan 50 buah filem dari lebih 20 buah negara.
Antara filem yang ditayangkan pada festival ini termasuk Pandora arahan Park Jung Woo dari Korea Selatan, Gurgaon arah Shanker Ramesh dari India dan The Mole Song — Hong Kong Capriccio arahan Takashi Miike dari Jepun. Filem klasik Hong Kong, Immortal Story arahan Yonfan yang dibaik pulih akan ditayangkan sempena ulang tahun tayangan perdananya yang ke-30. Filem itu menjalani penggambarannya di Macao pada 1986.
Selain tayangan filem, IFFAM juga memperkenalkan 12 projek filem kepada para pelabur yang berpotensi.
IFFAM akan berlangsung sehingga 13 Disember sebelum ditutup dengan majlis anugerah dan penyampaian anugerah kepada pemenang. Semua filem yang bertanding dihakimi oleh panel juri yang diketuai oleh pengarah Shekar Kapur.
Astro Awani
Sat Dec 10 2016
Pengarah dan pelakon Polina berkongsi pengalaman mereka pada majlis pembukaan Festival Filem dan Anugerah Macao yang bermula pada Khamis.
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Nahas helikopter Lumut: 'Wira negara, damailah kalian di sana...'
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Miimaland harum nama Malaysia di Alternative Film Festival Spring 2021
Filem karya Nevin Hiong itu mengetepikan empat filem lain yang turut bertanding iaitu Dead Destination dan Faith dari United Kingdom, Edwin (Kanada) dan Thousand of Years (Amerika Syarikat).
Bintang Hollywood Steven Seagal hadir bertemu peminat
Seagal berada di sini memenuhi jemputan sebagai tetamu kehormat Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa ASEAN (AIFFA), yang berlangsung malam ini.
Remaja Britain dirogol kejam ketika lawatan sambil belajar
Seorang remaja Britain berumur 18 tahun telah diperkosa dengan kejam serta dipukul dua orang lelaki sewaktu mengadakan lawatan kolej ke Berlin.
Tokyo jadi hos Festival Filem Antarabangsa Ke-30
TIFF yang akan berlangsung di Roppongi Theatre dan teater yang lain di Tokyo, menjanjikan satu temasya yang hebat untuk industri filem dunia.
Elak kontroversi, Top 5 FFM Ke-29 tidak akan diumumkan awal
Demi mengelakkan kontroversi sama terjadi seperti tahun lalu, lima pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) tidak akan diumumkan awal sebelum anugerah bermula.
IFFAM membuka tirai, rancakkan sinergi kebudayaan dan pelancongan
Penganjuran Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Macao (IFFAM) secara tidak langsung mendokong cita-cita destinasi itu untuk jadi pusat pelancongan dunia.
Filem 'Interchange' dapat pengiktirafan dunia
Penerimaan filem Interchange ke pelbagai festival filem seluruh dunia membuktikan filem tersebut menerima pengiktirafan dunia.
Lelaki Harapan Dunia terpilih ke Festival Filem Antarabangsa Kolkata
Lelaki Harapan Dunia (judul Inggeris 'Men Who Save The World’), ditulis dan diarahkan oleh Liew Seng Tat telah dipilih dalam kategori Asian Select, bersaing dengan 7 filem lain untuk Anugerah NETPAC