awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
[TERKINI] Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan
Buruh Myanmar mengaku tidak bersalah miliki senjata api
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iron Man kembali? Marvel dijangka 'hidupkan' semula watak Tony Stark

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2019
23:39 MYT
Iron Man kembali? Marvel dijangka 'hidupkan' semula watak Tony Stark
Robert Downey Jr dijangka buat kemunculan semula sebagai Tony Stark/Iron Man. -Gambar fail
LIMA bulan selepas Tony Stark berkorban untuk kehidupan yang lebih baik dalam filem Avengers: Endgame, terdapat dakwaan bahawa Iron Man akan membuat kemunculan semula.
Dengan Marvel Cinematic Universe (MCU) yang bakal membuka lembaran keempat termasuk Black Panther dan Captain Marvel, umum mengetahui bahawa Tony Stark/Iron Man telah terkorban dalam pertempuran pada penghujung Endgame.
Bagaimanapun, Disney+ yang bakal melancarkan penstriman baharu dilihat akan menerbitkan banyak lagi kisah Marvel, antaranya membabitkan Iron Man, lapor metro.co.uk.
Robert Downey Jr selaku Tony Stark/Iron Man dijangka muncul membawa watak sama, namun hanya menyumbang suaranya bagi siri terbaharu Ironheart, menurut laporan yang masih belum disahkan pihak Marvel.
Ironheart berkisar tentang Riri Williams, seorang remaja yang meneruskan legasi Stark di dalam komik.
Mengikut sumber dari We Got This Covered, syarikat gergasi itu berjaya mendapatkan Downey Jr bagi meminjamkan suaranya sebagai Tony Stark yang muncul sebagai kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) sama seperti Jarvis.
Ironheart buat julung kalinya diperkenalkan pada tahun 2016 meskipun menerima banyak kritikan tentang watak yang memaparkan seorang remaja berkulit hitam.
Pakar sosiologi, Eve Ewing mengambil alih watak itu pada tahun 2018 semasa Marvel melancarkan komik Ironheart.
Ewing turut memperkenalkan Downey Jr di sebuah majlis gala untuk meminta ‘restu’ agar Ironheart boleh menyertai MCU dan sekali gus menggantikan Iron Man.
Topic Berkaitan
#Disney
#Iron Man
#Ironheart
#Marvel Cinematic Universe
#MCU
#Riri Williams
#Tony Stark
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan