DATUK Yusof Haslam mengingatkan anaknya, pengarah sensasi, Syamsul Yusof supaya membuang ego dan jangan menyimpan dendam selepas melafazkan talak terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, pada 18 April ini.
Menurut Yusof meski akhirnya rumah tangga Syamsul dan Sarah akan terlerai, beliau tetap menghormati keputusan pasangan itu demi kebaikan semua pihak.
“Saya doakan yang terbaik dan berharap jika perpisahan itu berlaku kelak, ia berlaku dengan baik atas alasan yang logik.
“Ini bukan perpisahan yang biasa tetapi perpisahan yang meninggalkan zuriat. Jadi saya harap baik sang isteri atau sang suami, masing-masing tahu tanggungjawab.
“Masing-masing kena buang ego, jangan pentingkan diri, fikir masa depan anak-anak,” ujar Yusof sewaktu ditemui Astro Gempak di majlis pelancaran Polis Evo 3 di Petaling Jaya, Selangor.
Yusof, 69, juga berharap agar tiada dendam yang masih disimpan dalam hati anak dan Sarah yang terus dianggap sebagai menantunya kelak.
Katanya, Syamsul juga perlu menerima dengan terbuka jika Sarah akan bertemu pengganti dirinya selepas mereka berpisah.
“Kelak jika bekas isteri ada bertemu pasangan lain, Syamsul jangan bengkak hati, jangan berdendam.
“Saya sangat berharap agar silaturahim antara mereka terjaga demi anak-anak,” katanya lagi.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 18 April ini untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baru dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh berkenaan yang akan direkodkan.
Antara terma penyelesaian membabitkan hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian. - Gempak
Gempak
Fri Apr 14 2023
Yusof Haslam (kiri) menasihati anaknya, Syamsul (kanan) untuk menerima dengan terbuka jika Puteri Sarah akan bertemu pengganti dirinya selepas mereka berpisah. - Gambar GEMPAK
10 Berita Pilihan - (13 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MITRA lulus hampir RM100 juta laksana inisiatif perkasa masyarakat India - Ramanan
Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah meluluskan 14 inisiatif yang bernilai hampir RM100 juta tahun ini.
AWANI Ringkas: Kepenggunaan | Mengenang Tun Daim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mengenang Tun Daim | Kerugian FashionValet
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
JAKIM kaji penyelarasan waktu bekerja guru KAFA Perdana
JAKIM telah selesai mengadakan sesi libat urus bersama agensi berkepentingan di peringkat Persekutuan dan negeri.
Pagi Bebas Kenderaan dalam perancangan, laluan lebih panjang - Datuk Bandar KL
Penasihat kepada Presiden COP29 dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif berkata inisiatif Pagi Bebas Kenderaan yang dilaksanakan di ibu kota setiap Ahad, kini dalam perancangan untuk penjenamaan semula. Jelasnya, ia akan melibatkan laluan yang lebih panjang dengan aktiviti keluarga yang lebih pelbagai. #AgendaAWANI
Tidak perlu anjur COP30 jika pemimpin tidak tegas soal penuhi ikrar dana iklim – Datuk Bandar KL
Penasihat kepada Presiden COP29 dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif berkata pemimpin-pemimpin dunia perlu tegas untuk memuktamadkan perihal pendanaan iklim yang sudah dibincangkan sejak Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP) edisi-edisi lalu. Jelasnya, tiada erti pelaksanaan COP akan datang jika aspek memenuhi ikrar dana ini tidak dipenuhi. #AgendaAWANI
Transformasi digitalisasi luaskan akses pasaran, tingkat produktivti PMKS – Unifi Business
Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran berkata solusi digitalisasi yang ditawarkan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meluaskan akses pasaran dan meningkatkan produktiviti. #AgendaAWANI
Storan awan pastikan perniagaan berjalan dengan efisien - Usahawan
Pengasas Bersama Mama Best Food Sdn. Bhd., Athirah Abdul Rajak berkata urusan perniagaannya berjalan leih efisien susulan peralihan penyimpanan di storan awan berbanding storan fizikal. #AgendaAWANI
Perceraian bukan satu trend, kata Puteri Sarah
"Tidak ada mana-mana pasangan suami isteri yang mahu rumah tangga mereka berakhir dengan kekecewaan."
"Alhamdulillah, happy ending" - Puteri Sarah syukur Syamsul Yusof pulang ke pangkuan keluarga
Pelakon Puteri Sarah Liyana melahirkan rasa syukur apabila bekas suaminya Syamsul Yusof sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya.
'Saya nak kedamaian' - Yusof Haslam gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga
Yusof berkata dia sentiasa menghormati pilihan yang dibuat oleh anak sulungnya itu dan tidak pernah berharap agar Syamsul berpisah dengan Ira.
Syamsul Yusof kembali ke pangkuan ibu bapa
Perkongsian itu sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa Syamsul sudah berbaik dengan ibu bapa dan Puteri Sarah demi anak-anak.
Sudah 'move on', Puteri Sarah enggan komen perceraian Syamsul Yusof
Sarah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perceraian bekas suaminya itu dengan Ira Kazar.
Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai talak satu
Mahkamah mengesahkan berlakunya pelanggaran lafaz taklik selepas Ira mengakui membuat hantaran di media sosial.
Mahkamah tetapkan tarikh baharu sebutan kes cerai Syamsul Yusof-Ira Kazar pada 25 Sept
Sebutan kes perceraian pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ditetapkan ke tarikh baharu iaitu 25 September depan.
Peguam maklumkan Syamsul Yusof sedia lepaskan Ira Kazar
Peguam mewakili pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memaklumkan anak guamnya sudah bersedia untuk melepaskan isterinya, Ira Kazar.
Peguam sahkan Syamsul Yusof fail penceraian terhadap Ira Kazar
Perkara itu disahkan sendiri oleh Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili pengarah filem berusia 39 tahun itu.
'Hilang' seketika, penampilan baharu Ira Kazar nampak lebih berseri
Menerusi video pendek yang dikongsi, jelas merakamkan wajah Ira yang kelihatan berseri selain bentuk badannya juga sedikit berisi.