awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Fairuz Misran selamat dikebumikan

Sinar Harian
Sinar Harian
09/09/2023
00:20 MYT
Jenazah Fairuz Misran selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Fairuz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Pengkalan Merbau, Kampung Sungai Bangat, Labuan. - Foto Sinar Harian
JENAZAH penyanyi iras Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Fairuz Misran selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Pengkalan Merbau, Kampung Sungai Bangat, Labuan pada malam Jumaat.
Jenazah Fairuz sebelum itu dibawa ke kediamannya di Kampung Pantai untuk dimandikan serta dikafankan sebelum disolatkan oleh ahli keluarga serta orang ramai.
Suasana hiba menyelubungi pekarangan rumah dan tanah perkuburan mengiringi perjalanan akhir Fairuz sebelum urusan pengebumian selesai kira-kira jam 10 malam.
Media pada Sabtu melaporkan Fairuz, 38, atau lebih dikenali sebagai P Ramlee Sabah meninggal dunia selepas mengalami sakit dada dan pengsan sebelum dihantar ke Hospital Nukleus Labuan.
Berita duka itu turut dikongsikan oleh abangnya, Ruzaidi melalui Facebooknya sebagai makluman kepada rakan dan ahli keluarga.
Allahyarham yang meninggalkan seorang balu merupakan seorang penyanyi yang mempunyai suara dan wajah seakan seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Allahyarham merupakan juara bintang P Ramlee peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) pada 2012 dan sejak itu bakat beliau mula menyinar.
Allahyarham turut dikenali di Sabah dan Semenanjung kerana bakat serta suaranya yang unik. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Fairuz Misran
#selamat dikebumi
#Tanah Perkuburan Islam Tanjung Pengkalan Merbau
#sakit dada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan