Jenazah pelakon dan pelawak tanahair, Zaibo atau Zainal Ariffin Abd Hamid, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit pukul 9 malam tadi.
Jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.10 minit malam selepas selesai disembahyangkan di Masjid Pekan Rengit.
Selain keluarga, teman rapat, rakan seni turut kelihatan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Antara yang hadir, penulis lirik, Datuk Habsah Hassan, pelakon Rubiah Suparman dan pelawak, Mamat Sepah.
BACA: Zaibo takbir tiga kali sebelum rebah
BACA: "I'm sorry, Uncle Zaibo" - Wardina Safiyyah
BACA: 'Allahyarham lesu, berkelakuan berbeza semalam' - Isteri Zaibo
Allahyarham pernah membintangi sitkom Spanar Jaya dan filem Anna and the King.
Dua hari lepas, Tuanku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Sultan Ibrahim bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah berkenan meluangkan masa melawat Allahyarham di kediamannya.
Zaibo, 62 tahun, meninggal dunia pada 1.30 petang tadi di kediamannya di Rengit akibat kanser esofagus.
Penyakitnya mula dikesan pada 3 Sept lalu.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) Datuk DJ Dave yang turut hadir di pengebumian malam tadi menyifatkan Allahyarham sebagai seorang rakan artis yang disenangi dan murah dengan senyuman.
"Dia memang selalu buat orang ketawa dan memang fasih berbahasa Inggeris, dia boleh ‘joke’ dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. We are going to miss him.
"Kita akan merindui wataknya sebagai pelawak dan penghibur… ia memang satu kehilangan besar," katanya.
DJ Dave turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham bagi meringankan beban keluarganya.
Shahrul Hassan
Wed Nov 14 2018
Gambar kenangan Zaibo bersama isterinya, Siti Hawa Sawal ketika berkahwin lapan tahun lepas. - BERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Pemergian Ahmad Nawab kehilangan permata muzik yang tiada bandingnya - DJ Dave
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab yang meninggal dunia hari ini pada usia 92 tahun disifatkan sebagai kehilangan permata yang tiada bandingnya dalam industri muzik tanah air.
'Hail Amir peramah, senyuman tak lekang di bibir' - DJ Dave
Allahyarham Datuk Hail Amir semasa hayatnya merupakan seorang yang peramah, tidak pernah burukkan orang dan sentiasa melemparkan senyuman.
M. Daud Kilau unik, jahit sendiri labuci baju belakang pentas - DJ Dave
Menurut DJ Dave, Allahyarham M. Daud Kilau sentiasa teliti ketika membuat persembahan terutama berkaitan bajunya.
Bernama boleh bantu artis terkesan COVID-19, kata Ras Adiba
Artis yang berdepan kesukaran akibat hilang punca pendapatan atau masalah kesihatan perlu diberi perhatian sebagai tanda menghargai sumbangan mereka kepada dunia seni negara.
Jenazah Zaibo selamat dikebumikan
Jenazah pelakon dan pelawak tanahair, Zaibo atau Zainal Ariffin Abd Hamid, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit pada pukul 9 malam tadi.
Dahlan Zainuddin pindah ke rumah PPR
Setelah lebih 20 tahun menyewa di Bukit Indah, Ampang, pasangan suami isteri ini telah berpindah ke kediaman baharu mereka dua minggu lepas.
Yayasan Artis 1Malaysia ditukar nama kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair
DJ Dave berkata Walaupun yayasan itu bertukar nama, ia akan terus membela nasib artis tanpa mengira bangsa dan agama terutama artis veteran.
DJ Dave rakam semula dua lagu, pupuk kesetiaan rakyat
Dua lagu itu, yang diberi sentuhan baharu oleh komposer terkemuak S.Atan, dimuatkan dalam album khas Nada Ritma Negara - Kawan Setia.
Panggung Anniversary dibuka semula kepada umum
Panggung Anniversary Taman Botani Perdana yang suatu ketika dahulu cukup popular dalam kalangan warga kota dibuka semula kepada umum.
Pelakon Wan Maimunah kini stabil
Pelakon Wan Maimunah yang dimasukkan ke Hospital Jasin sejak Khamis lalu berikutan mengalami bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru kini berada dalam keadaan stabil.