ENTERTAINMENT
Kak Ogy 'dilamar'? Majlis bakal diadakan minggu depan

Debaran itu makin dirasai Ogy apabila 'majlis' tersebut bakal diadakan tidak lama lagi iaitu pada minggu hadapan. -Gambar Instagram/@kak_ogy
PELAKON Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih mesra dengan nama Ogy mengakui sedang menghitung hari-hari bahagia untuk mengadakan sebuah 'majlis'.
Debaran itu makin terasa apabila 'majlis' tersebut bakal diadakan tidak lama lagi iaitu pada minggu hadapan.
"Pada mulanya dirisik, kemudian dia masuk meminang. Pinangan diterima.
"Berdebar-debar hatinya... setelah sekian lama, akhirnya... Alhamdulillah," tulis pelantun lagu Wajah Rahsia Hati itu di akaun Instagram miliknya pada Ahad.Antaranya, Mazlin Nordin yang turut menzahirkan rasa gembira dengan perkhabaran tersebut dan mendoakan kebahagian Ogy.
Tidak kurang juga seorang lagi pengikutnya yang tertanya-tanya siapakan gerangan jejaka yang berjaya menambat hati pelakon Pengantin Popular itu.
Manakala seorang lagi pengikutnya mendoakan agar segalanya baik-baik belaka tanpa mengira perkara tersebut berkaitan peribadi mahu pun kerjaya seni Ogy.

Pengikut Ogy di laman sosial mendoakan yang terbaik untuknya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami