Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.
Biduanita itu yang akan genap 61 tahun esok dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.
Menurut pakar yang merawatnya, Datuk Dr Zainudin Md Zain, fibrosis paru paru mengakibatkan paru paru mengeras dan berparut.
Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.
Menurut Dr Zainuddin keadaan beliau stabil dan hanya menerima lawatan ahli keluarga terdekat.
Kak Pah anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953. Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.
Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.
Namun seperkara yang jelas, Kak Pah memang pandai mengaji dan berqasidah dengan suaranya yang merdu.
Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.
Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.
Astro Awani
Tue Jul 01 2014
Sharifah Aini dimasukkan ke ICU kerana jangkitan paru-paru - Gambar fail
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Tembakan di KLIA: Suami sudah sedar, tanya mengenai keluarga
Pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, baru-baru ini sudah sedarkan diri.
Gaza: Bekalan elektrik terputus, tiga pesakit di Hospital Nasser meninggal dunia
Tiga pesakit yang dirawat di ICU Hospital Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza, meninggal dunia pagi ini akibat gangguan bekalan elektrik.
292 projek pembangunan, empat berimpak tinggi, beri manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan
Sebanyak 79 daripadanya telah disiapkan sepenuhnya termasuk empat projek fizikal berimpak tinggi sekali gus memanfaatkan masyarakat.
Madonna dedah koma 48 jam selepas jatuh, dakwa terdengar suara
Madonna berkongsi pengalaman insiden dirinya jatuh sakit sehingga koma selama dua hari atau 48 jam yang sempat mengejutkan peminatnya.
COVID-19: Kes meningkat kepada 6,796 pada ME48/2023
Kes COVID-19 dalam negara meningkat kepada 6,796 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48/2023) iaitu dari 26 Nov hingga 2 Dis lepas berbanding 3,626 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
'Masa itu nampak putih saja' - Nora Ariffin cerita detik bertarung nyawa di ICU
Kata Nora, dia lebih menghargai kehidupan dan bertindak lebih tepat sekiranya berlaku kecemasan seumpama itu.
Suhaimi Saad ditidurkan di ICU
Mohd Syahril yang menziarah Suhaimi pada Sabtu lalu memberitahu, keadaan penyanyi itu kurang baik dan sedang ditidurkan.
Waspada 'bom jangka' ketika bersukan
Aktiviti sukan berkait rapat dengan tahap kesihatan, namun tanpa ilmu ia boleh menjadi 'bom jangka' yang mengundang risiko sehingga mengakibatkan kecederaan serius.
Penyanyi Nora dirawat di ICU akibat sesak nafas
Difahamkan Nora dimasukkan ke ICU berkenaan pada Ahad lalu.
Bayi lelaki kritikal akibat pendarahan di kepala
Seorang bayi lelaki berusia setahun sembilan hari kritikal akibat pendarahan di kepala selepas didakwa tidak sedarkan diri ketika berada di sebuah taska di Melaka.