KUMPULAN Dolla akhirnya tampil memohon maaf susulan isu tampil dengan imej dan busana mencolok mata pada festival muzik Good Vibes Weekender yang berlangsung di sebuah taman tema air popular pada minggu lalu.
Mewakili Dolla, seorang ahlinya, Sabronzo atau nama sebenar Wan Sabrina Wan Rusli berkata, apa yang berlaku adalah silap mereka.
“Kami mohon maaf kerana kami akui memang silap kami kerana terlepas pandang.
“Terus-terang ketika itu kami hanya fokus pada persembahan dan tak sangka isu baju ini menjadi besar.
“Bagaimana pun kami berjanji akan perbaiki dan menjadi lebih baik di masa akan datang,” katanya kepada Gempak.
Dolla memberi kenyataan maaf itu selepas Majlis Pelancaran single duet dan muzik video berjudul Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat di Menara Symphony, Petaling Jaya malam kelmarin.
Pun begitu, Sabronzo memberitahu selepas ini mereka akan lebih berhati-hati terutama dalam memilih busana dan penampilan dalam setiap persembahan.
“Setiap kali persembahan kami akan bekerjasama dengan penata gaya dan pihak pengurusan jadi ia atas perbincangan bersama.
“Apa yang pasti ia menjadi pengajaran buat kami dan berjanji akan lebih berhati-hati di masa akan datang,” ujarnya.
Sebelum ini, nama Dolla termasuk Sabronzo dikecam ramai susulan tampil dengan imej dan busana mencolok mata pada festival muzik yang berlangsung di sebuah taman tema air popular pada minggu lalu.
Selain Sabronzo, Dolla yang terkenal menerusi lagu Dolla Make You Wanna turut dianggotai Angel, Tabby dan Syasya. -Gempak
Gempak
Sat Oct 01 2022
Dolla akhirnya tampil memohon maaf susulan isu tampil dengan imej dan busana mencolok mata pada festival muzik Good Vibes Weekender yang berlangsung di sebuah taman tema air popular pada minggu lalu. - Foto fail/Instagram@sabronzo
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
"Selebriti bukanlah robot, kami juga..." - Dolla
Menjadi selebriti yang dikenali bukanlah sesuatu yang mudah, terutama walau dalam keadaan macam mana pun perlu memberikan yang terbaik untuk peminat-peminat yang sentiasa menyokong.
Diserang peminat, Angel Dolla perjelas hubungan dengan Nadhir Nasar
Angel dan Nadhir digosipkan bersama selepas dilihat sering berbalas komen di laman sosial.
Polis nafi dakwaan pemilik akaun Twitter Dolla dalam kejadian di Puchong
Pemilik akaun Twitter berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.
'Kami terlepas pandang' - Dolla tampil mohon maaf isu baju mencolok mata
Mewakili Dolla, seorang ahlinya, Sabronzo atau nama sebenar Wan Sabrina Wan Rusli berkata, apa yang berlaku adalah silap mereka.
Selepas Yuna dan Layla Sania kini giliran Dolla hiasi kota New York
EQUAL merupakan program global yang dibawakan dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan penglibatan artis wanita di seluruh dunia.
Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa
Impikan, atau Watch Me Glow dalam versi bahasa Inggeris, ditulis komposer yang banyak bekerjasama dengan BTS, Girls Generation dan EXO.