KUALA LUMPUR: Polis pada Khamis menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa beliau dan tiga rakannya telah ditahan tiga individu yang didakwa menyamar sebagai polis, dalam kejadian di Puchong, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan dalam kenyataan di sini berkata sebaliknya ketiga-tiga individu itu adalah anggota polis sebenar dan sedang menjalankan tugasan pemantauan dan rondaan cegah jenayah.
"Ketiga-tiga anggota polis itu sedang membuat pemantauan kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya. Mereka telah memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan empat wanita terbabit untuk membuat semakan rekod jenayah.
Tindakan berkenaan diambil selepas mendapati empat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pada 11.30 malam dan mereka kemudian dibenarkan beredar dari lokasi selepas pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan," katanya.
Terdahulu, pemilik akaun Twitter bernama DOLLA mendakwa beliau bersama tiga rakannya telah ditahan oleh tiga individu yang disyaki menyamar sebagai polis ketika sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah selepas selesai latihan menari.
A Anbalagan berkata justeru itu, pemilik akaun Twitter berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
Polis menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa beliau dan tiga rakannya telah ditahan tiga individu yang didakwa menyamar sebagai polis, dalam kejadian di Puchong, Selasa lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kes pelajar tahfiz: Polis tahan tiga beradik bantu siasatan
SAC Mohd Razali berkata, kesemua tangkapan merupakan adik-beradik berusia lingkungan 13, 15 dan 20 tahun itu dan ditahan pada Jumaat lalu.
Selamat ulang tahun Ultras Malaya, Lekir undur diri
Capo Ultras Malaya, Mohd Ridzuan Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Lekir mengucapkan selamat tinggal buat Ultras Malaya selepas 17 tahun bersama.
'Terima kasih rakyat Malaysia, dana sudah cukup' - Ibu kanak-kanak hidap kanser ovari
Kutipan dana yang telah mencecah kira-kira RM105,000 setakat Ahad akan digunakan untuk kos rawatan kemoterapi yang seterusnya untuk kanak-kanak berusia 19 bulan itu.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Pengering rambut antara punca uban di usia muda
Kekurangan vitamin B12 dan zat besi, stres, vitiligo, dan merokok turut menjadi punca rambut beruban.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
FAA lulus kembali penerbangan SpaceX Falcon 9
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan semula penerbangan kenderaan pelancaran SpaceX Falcon 9 setelah menyemak dan menerima hasil siasatan yang diketuai oleh SpaceX.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.
Polis musnahkan bom mortar di Tampin
Sebutir bom lama ditemui di kilang Heveaboard, Industrial Park, Batu 3, Gemas Tampin telah dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan hari ini.
Pekerja sambilan tokong didakwa tawar pelaburan tidak wujud lebih RM300,000
Seorang pekerja sambilan di sebuah tokong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menawarkan pelaburan tidak wujud.
Polis siasat kejadian trek LRT diceroboh
Polis menyiasat insiden pencerobohan trek Transit Aliran Ringan (LRT) sehingga mengakibatkan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, di sini, pada Isnin.
Penjaga rumah amal GISB dituduh esok
Lelaki berusia 35 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 8.45 pagi.
Polis nafi berlaku insiden remaja disembelih di Kuantan
Siasatan awal mendapati kejadian sebenar melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dicederakan suspek menggunakan garpu di bahagian leher.
Lelaki ditahan pecah pintu, tingkap rumah bekas kekasih kerana putuskan hubungan
Suspek dikesan memasuki kawasan rumah wanita itu yang kemudian bertindak memecahkan pintu kaca di belakang rumah menggunakan dumbel.
Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi lebih RM50,000
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan pada Rabu oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.
PRK Mahkota: 95.45 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab - SPR
Sebanyak 95.45 peratus anggota tentera dan pasangan serta polis menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini.
Pekerja pam minyak pengsan, bukan kena tembak - Polis
Kepala mangsa terhentak ke lantai dan mengalami kecederaan sehingga berdarah dan mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Kontroversi GISB: Semakin ramai individu tampil dedah pengalaman di media sosial
PDRM memaklumkan piohaknya memantau sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh individu atau pihak berkaitan yang mempunyai kaitan dengan GISB di media sosial.