PELAKON Meerqeen memberitahu dia terpaksa menolak dan menangguhkan beberapa tawaran di Indonesia disebabkan mahu memberi keutamaan kepada drama lakonannya di Malaysia.
Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, tiada pelakon yang boleh menggantikan wataknya dalam drama yang menaikkan namanya itu.
“Kedengaran agak gila tolak dan tangguh beberapa tawaran di Indonesia tetapi fokus ketika ini ialah untuk Melur Untuk Firdaus 2. Bagi saya, tiada sesiapa yang boleh ganti pelakon untuk watak Firdaus selain saya,” katanya kepada Gempak.
Selain rasa cinta terhadap watak, jadual yang bertindih dengan tawaran lain juga adalah salah satu faktor terpaksa menangguh impian untuk bergelar bintang filem di Indonesia.
“Ya, jadual bertindih tetapi sekiranya masih diberikan peluang, rezeki dan masa, Insya-Allah saya akan tetap melebarkan sayap di sana.
“Konsep di Indonesia, jika mereka hendak pelakon itu, mereka pasti tetap akan mendapatkannya dan sanggup menunggu.
“Apa pun, keutamaan saya tetap di Malaysia dan membolosi industri hiburan di sana pastinya bukan impian saya sahaja tetapi semua pelakon tanah air lain,” ujarnya.
Sebelum ini, Meerqeen pernah membintangi drama terbitan Indonesia berjudul Modus Operandi yang turut dibintangi Krito Immanuel, Yusuf, Mahardika, Diandra Agatha dan Maudy Effrosina.
Pada malam Anugerah Gempak Most Wanted 2022, dia turut meraih Anugerah Video Trending Tergempak menerusi video #swipechallenge.
Selain itu, drama Melur Untuk Firdaus lakonannya dengan Anna Jobling turut menang kategori Dram Trending Tergempak pada Anugerah Gempak Most Wanted yang berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Wed Mar 01 2023
Kata Merqeen, sekiranya masih diberikan peluang, rezeki dan masa, Insya-Allah saya akan tetap melebarkan sayap di sana. - Gempak
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
"Kedengaran agak gila..." - Apa sebab Meerqeen tolak, tangguh tawaran berlakon di Indonesia?
"Bagi saya, tiada sesiapa yang boleh ganti pelakon untuk watak Firdaus selain saya."